Kisah sebenar kucing misteri lawat kubur



Beberapa hari yang lalu, gambar sayu seekor kucing melihat tuannya dikebumikan menjadi viral di media sosial. Namun, tiada sesiapa yang tahu kisah disebalik kejadian yang amat menyayatkan hati itu.



Sunazrah Saleh mendedahkan arwah yang dikebumikan itu adalah ayahnya. Berikut kisah sebenar mengenai kucing berkenaan:



Arwah adalah ayah saya. Arwah meninggal 9 syawal yang lalu. Arwah memang sayangkan. Dah berpuluh-puluh kucing yang dia jaga. Kebanyakkan kucing yang dibela sampai kucing tua, mati atau dicuri orang.



Sejak arwah sakit dan pakai wheelchair, kami tak bagi dia bela kucing lagi. Tapi memang kami tak boleh pisahkan kasih sayang dia dengan kucing. Pantang nampak kucing lintas depan dia, mesti dia panggil bagi makan.



Kalau bawak arwah pergi kedai makan, mesti ada kucing datang dekat arwah. Sampai kitorang selalu cakap dekat arwah,



“Bau abah ni kucing suka kot..”



Sebelum ini ada seekor kucing yang paling arwah sayang tapi dah kena curi. Dulu masa kami tinggal di Wangsa Maju Section 1, setiap kali azan, arwah mesti pergi ke surau jalan kaki. Kucing tu akan mengiringi arwah sampai ke surau. Lepas tu dia akan tunggu kat depan pintu surau. Bila arwah keluar, dia ikut iring balik. Begitulah rutin hari-hari. Tidur pula hujung kaki arwah. Sampailah kucing tu hilang kena curi.



Terlalu banyak kisah-kisah menarik arwah dengan kucing-kucing jagaannya. Dan kebanyakkan hilang kena curi. Sebab arwah tak suka sangkarkan kucingnya. Sebab dia tak suka kurung kucing.



Kejadian di tanah perkuburan itu memang kami 1 keluarga terperanjat juga. Seekor kucing yang kami tak pernah nampak sebelum ini ada di pusara arwah. Tadi saya cuba singgah nak tengok, rupa-rupanya kucing tu ada lagi kat situ.





Saya ada bertanya pada ustaz kejadian itu. Ustaz kata mungkin arwah pernah jumpa kucing ini dulu, tapi kita mungkin tak tahu ataupun ada maksud lain yang tersirat untuk menyedarkan kita bagaimana kasihnya seorang hamba Allah pada kucing sepanjang hayatnya. Wallahuaklam. - Sunazrah Saleh - viraliyat
TAG