MPV terbabas dan terbalik

Marang: Sebuah kenderaan MPV jenis Toyota Vellphire terbabas dan terbalik berhampiran Shell Wakaf Tapai, Jalan Kuala Terengganu-Kuala Berang.


Menurut seorang saksi kejadian kenderaan berkenaan dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari Kuala Terengganu dipandu agak laju sebelum cuba mengelak sebuah kereta yang ingin membelok ke kanan memasuki simpang ke FRU menyebabkan MPV berkenaan terbabas dan terbalik.


Toyota Velphire tersebut dinaiki enam orang tiga lelaki dan tiga perempuan dan semuanya dilaporkan hanya mengalami kecederaan ringan dan dibawa ke klinik Kesihatan Wakaf Tapai untuk pemeriksaan lanjut.


TAG