Ugut edar gambar bogel?





RAUB - Kerana tidak berpuas hati hubungan diputuskan, seorang lelaki lewat 20an telah mengugut bekas teman wanitanya untuk menyebarkan gambar separuh bogel wanita terbabit.



Gambar terbabit telah diberikan wanita yang berusia awal 20an itu kepada bekas teman lelakinya ketika mereka masih menjalinkan hubungan.



Ketua Polis Daerah, Superintendan Wan Mohd Samsudin Wan Osman berkata, lelaki terbabit sebelum ini juga pernah menampal gambar separuh bogel wanita terbabit di pintu pagar rumahnya.



“Selain menampal gambar di pintu pagar rumah wanita tersebut, lelaki terbabit juga pernah datang ke pejabat wanita tempat wanita terbabit bekerja dan melemparkan gambar berkenaan ke arahnya.



“Kerana takut gambarnya disebarkan, mangsa telah datang ke balai polis bagi membuat laporan berkaitan kejadian,” katanya.



Menurutnya, polis dalam pada itu menyifatkan kejadian Wan Mohd Samsu din

terbabit bukanlah perkara baru berlaku sekali gus menasihatkan kepada masyarakat mengambil pengajaran daripada kejadian ini.



“Pihak polis berharap apa yang berlaku ini dijadikan sebagai iktibar supaya kejadian yang sama tidak akan berulang lagi," katanya.



Tambahnya lagi, pihak polis turut menasihatkan kepada gadis agar memikirkan kesan yang akan diterima dari tindakan mereka di kemudian  hari.



“Ibu bapa memainkan peranan penting mengawasi tindakan anak-anak agar tidak melakukan sesuatu yang tidak wajar,” katanya.
TAG