Anngota tentera ditemui mati tergantung

Seorang anggota tentera berpangkat Sarjan ditemui mati di sebuah rumah kosong di Wangsa Maju pagi ini.


Mayat itu ditemui oleh seorang pegawai daripada cawangan selenggaraan ketika beliau sedang melakukan rondaan memeriksa rumah-rumah di situ.


Mayat yang masih lengkap berpakaian uniform itu ditemui tergantung di siling rumah berkenaan.


Ekoran dari penemuan tersebut, beliau segera melaporkan kejadian tersebut kepada Balai Polis Wangsa Maju.


Punca kematian masih dalam siasatan pihak polis.


Laporan lanjut menyusul.


TAG