Bawa awek balik rumah nak buat projek




 memenuhi tuntutan nafsu, seorang lelaki sanggup bertindak di luar batasan dengan membawa teman wanita masuk ke dalam rumah keluarganya dipercayai untuk memadu asmara.


Difahamkan, perbuatan menyelinap masuk ke dalam rumah melalui pintu dapur itu dilakukan pada lewat malam ketika ahli keluarga lain sedang tidur.


Lebih menyedihkan, perbuatan tidak bermoral itu dilakukan di dalam bilik tidur tanpa disedari ahli keluarganya.


Bagaimanapun, perbuatan mereka terbongkar selepas polis menyerbu rumah berkenaan kira-kira jam 9 pagi kelmarin bagi menahan pasangan terbabit.


Sebaik sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Dungun tiba, ahli keluarga lelaki terbabit seakan tidak percaya pasangan kekasih itu berada di dalam bilik tidur rumah berkenaan.


Namun selepas membuka pintu bilik, mereka mendapati seorang wanita yang hanya berseluar pendek ada bersama lelaki terbabit yang turut mempunyai rekod dadah.


Hasil pemeriksaan lanjut menemui lapan pil kemerahan disyaki methamphetamine (pil kuda) dalam poket seluar lelaki berusia 37 tahun itu, malah kekasihnya yang berasal dari Felda Ketengah Jaya turut miliki sebutir pil sama.


Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub yang mengesahkan tangkapan berkata, pasangan terbabit disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1) akta sama selepas ujian saringan air kencing mendapati mereka positif pil kuda.-SINAR HARIAN

TAG