Bayi lapan bulan parah digigit biawak



 Seorang bayi berusia lapan bulan cedera parah di gigit biawak. Kejadian dilaporkan berlaku di Pulau Tioman. Kejadian di sedari ibunya. Sebelum kejadian ibunya dilaporkan meninggalkan bayi berkenaan di di dalam buaian bersendirian untuk ke dapur. Sebelum mendengar anaknya menangis.













Mendengar anaknya menangis ibu berkenaan bergegas ke depan dan melihat seekor biawak yang agak besar sedang menggigit kepala anaknya. Dia berjaya menyelamatkan anaknya sejurus kemudian. Bayi berkenaan sekrang berada di Hospital Mersing untuk rawatan lanjut.
TAG