Doa Nik Aziz punca Pas kalah teruk?





Segala persoalan siapakah yang bakal menduduki kerusi N01 Pengkalan Kubor sudah terjawab semalam apabila calon BN Ustaz Mat Razi diisytihar sebagai pemenang di kerusi tersebut. Walaupun kemenangan sudah dijangka namun apa yang mengejutkan ialah apabila majoriti yang dimenangi oleh calon itu amat di luar jangkaan.



Mat Razi telah menewaskan lawannya Wan Rosdi dengan majoriti 2635 undi meningkat lebih seribu undi berbanding keputusan ketika PRU 13.



Persoalannya ialah apakah faktor yang memungkinkan BN menang dengan majoriti yang begitu besar.



Umum mengetahui Kelantan merupakan negeri yang menjadi kubu kuat Pas kerana Pas telah memerintah Kelantan sudah lebih 20 tahun. Namun mengapa agaknya kekuatan Pas tidak boleh dizahirkan di PRK Pengkalan Kubor ini.



Apakah krisis MB Selangor turut mempengaruhi undi di PRK Pengkalan Kubor? Seperti yang kita semua sedia maklum bahawa krisis MB Selangor telah menunjukkan bahawa Pas di dalam pakatan tidak lain dan tidak bukan hanyalah kuda tunggangan kepada DAP dan PKR.



Dalam krisis di Selangor walau asasnya Pas memiliki 15 kerusi tetapi peranan Pas hanyalah di pandang sebelah mata.



Krisis MB Selangor mendedahkan segala tohmahan oleh beberapa bekas pemimpin Pas berkaitan ada golongan dalam yang cenderung kepada Anwarinas adalah tepat apabila PasMa ditubuhkan.



Atau apakah kerana keberkesanan jentera kempen BN dalam PRK kali ini yang dilihat lebih berstrategik apabila dilihat banyak membuat aktiviti yang boleh mendekatkan parti kepada rakyat berbanding Pas yang dilihat masih menggunakan method yang sama iaitu ceramah menghentam BN.



Di sebalik segala tohmahan Pas kepada BN dan calonnya ditambah pula dengan doa Nik Aziz yang bukan-bukan itu, BN diisytihar sebagai pemenang di N01 Pengkalan Kubor.
TAG