Gani Patail Ditegur Bekas Peguam Negara!





Bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Talib Othman

Nampaknya semakin hari semakin ramai yang tampil dan mengkritik secara terbuka berkenaan dengan ketidakcekapan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan pejabatnya. Kali ini ianya datang daripada seseorang yang pernah menjawat jawatan itu sendiri, bekas Peguam Negara Tan Sri Abu Talib Othman.

Tan Sri Abdul Talib Othman itu dilaporkan sebuah portal tempatan telah menyatakan ketidakpuasan hatinya apabila Peguam Negara baru-baru ini membuat kenyataan bahawa pejabatnya kini, sedang mengkaji semula pendakwaan yang dikenakan oleh kolumnis sebuah akhbar harian berbahasa Inggeris tempatan yang juga merupakan salah seorang pensyarah undang-undang Universiti Malaya, Profesor Madya, Dr Azmi Shahrom dan

beberapa yang lain yang didakwa dengan Akta Hasutan 1948 (Pindaan 1970).

Pada pandangan beliau adalah tersangat pelik jika sesuatu pendakwaan itu dikaji semula setelah seseorang itu didakwa di makhamah. Walaupun Peguam Negara telah mengatakan bahawa proses kajian semula kes-kes adalah satu prosedur biasa dan beliau berjanji untuk menjalankan tugasnya dengan tepat, telus dan adil tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak.

Tan Sri Abdul Talib Othman memilih untuk berpandangan sebaliknya. Katanya Pendakwaan adalah suatu perkara serius yang tidak boleh dibuat main-main kerana ianya bersangkutan dengan maruah, kredibiliti dan pandangan masyarakat terhadap seseorang.” “Ianya akan menyebabkan mereka-mereka yang didakwa mengalami gangguan emosi. Walaupun setelah pendakwaan itu ditarik balik, perasaan kemurungan itu akan kekal,” tambahnya lagi.

Tan Sri Abdul Talib Othman juga mendakwa, semasa beliau memegang jawatan Peguam Negara, kes-kes pendakwaan dibuat mengikut lunas-lunas undang-undang, kesamarataan dan amat mementingkan kepentingan awam tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Beliau juga akan memastikan untuk hanya memberi lampu hijau kepada kes-kes yang kukuh dengan peratusan pensabitan yang tinggi.

Berbalik kepada kenyataan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail untuk mengkaji semula beberapa kes pendakwaan Akta Hasutan 1948 (Pindaan 1970), beliau berpendapat bahawa perbuatan tersebut hanya akan memberikan gambaran kepada orang ramai bahawa pendakwaan yang berlaku dibuat tanpa pertimbangan fakta dan bukti kes, dengan cara yang serius dan berhati-hati.

“Adakah beliau (Gani Patail) mengaku bahawa beliau tidak berlaku adil dan telus ketika melakukan pendakwaan dan adakah itu juga sebabnya beliau kini akan mengkaji semula kes-kes tersebut? Mungkin dia patut perjelaskan tentang perkara ini.”

Tan Sri Abdul Talib Othman mengakhiri perbualan dengan berpesan bahawa kerja pendakwaan sebenarnya dilakukan bukan untuk mensabitkan kesalahan semata-mata tetapi adalah untuk menegakkan keadilan kepada yang tertuduh dan juga mangsa.
TAG