Idris Jusoh diasak macai

Ekoran daripada kebocoran soalan UPSR, Menteri Pelajaran 2, Dato' Seri Idris Jusoh teruk dihentam oleh cytro pembangkang.


Beliau dituduh sebagai tidak amanah kerana kononnya ketika menjadi MB Terengganu banyak infrastruktur runtuh dan bocor. Kini yang terbaru isu soalan UPSR bocor, golongan-golongan yang berhati busuk ini sekali lagi cuba menangguk di air keruh apabila dituduh tidak amanah.


Besar mana sangat kuasa seorang menteri untuk mengawal kakitangan bawahan yang berjumlah ribuan orang. Jika ada seorang yang tidak amanah di kalangan guru yang membocorkan soalan peperiksaan adakah wajar Menteri Pelajaran dituduh tidak amanah. Adakah kerana seorang guru yang tidak amanah maka wajarkah kita menuduh semua guru tidak amanah.


Berfikir sebelum berbicara supaya tidak nampak sangat kebodohan dalam diri. Jangan rasa diri itu hebat kerana pasti ada yang lebih hebat.


Usah terlalu ghairah untuk menjatuhkan orang kerana kelak otang lain pulanyang akan jatuh.


TAG