Krisi MB Selangor pada pandangan Wan Hakim




Gambar hiasan


::: Politik Pakatan Rapuh (PR) dari sudut pandangan Ketua Penerangan UMNO Negeri Terengganu :::





 Tadi selepas sampai dari Kuala Terengganu, saya duduk memikirkan apa yg berlaku di krisis Selangor...





Mula2 simpati saya pada org Selangor yg terpaksa hadapi krisis 'rekaan' PKR melalui anak emas mereka Yb Rafizi; bermula dgn The Kajang Move hingga kemuncaknya memecat Tan Sri Khalid dari PKR kerana enggan berhenti dari jawatan MB.





Huru-hara serta ketidaktentuan selepas itu hingga Istana Selangor cuba diheret dan dijadikan kambing hitam kerana tidak mencapai hasrat kepentingan peribadi mereka, terus menunjukkan wajah sebenar Pakatan Rakyat. AKU, KELUARGA KU, KRONIKU, JAWATANKU.... itu yg didahulukan, bukannya rakyat.





Yg kedua simpati saya pada 'musuh' tradisi UMNO iaitu PAS yg dari dulu kita katakan umpama kuda tunggangan DAP dan PKR apabila menjalankan hubungan 'tahalluf siyasi' mengikut ulama2 PAS apabila bergabung dgn DAP dan PKR.





Banyak benar pengorbanan PAS; perjuangan asal seperti negara Islam diletak tepi dengan gantiannya Negara Kebajikan.  Kemudian menerima buku jingga PR yang antaranya akur dan menyokong perlembagaan Malaysia, sedangkan asas hukuman kafir terhadap ahli UMNO- "kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid" (tlg refer Amanat Haji Hadi yg sampai sekarang masih belum beliau tarik balik...), ialah kerana "UMNO mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang2 kafir mengekalkan peraturan jahilliyah".  





Dalam sekelip mata terus menerima perlembagaan kafir ini dan modify konsep negara islam (apa jadi agaknya dengan buku Negara Islam yg dilancarkan oleh Ustaz Harun Din di markas PAS di tmn Melawati sekitar awal tahun 2000...) atas nama kerjasama untuk menewaskan UMNO. ("Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang, kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dgn PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam", Nik Aziz, Berita Harian 12 Mei 1999.)





Hasil yg baik di capai oleh DAP dan PKR di PRU13, tapi PAS undur ke belakang apabila hilang Perak (dgn pilihanraya bukan dgn adun melompat), Kedah dan penurunan jumlah kerusi2 di kawasan Melayu di seluruh Malaysia kecuali Terengganu... sapa yg untung....penat tengok jentera PAS bertungkus lumus bekerja....





Setiap polisi utama di putuskan oleh Anwar dan rakan2 lain. PAS hanya dimaklum kemudian untuk rubber stamp atas nama consensus.  Isu penjualan arak di kedai runcit.di Selangor masih tidak selesai, isu cubaan mempengaruhi org islam jinak pada Kristian seperti yg terjadi di gereja di Selangor sewaktu bulan Ramadhan beberapa tahun yg lalu masih tergantung, rumah2 urut yg terus berkembang di Selangor terutama di Kelang masih tiada jalan penyelesaiannya.  Di mana input Islam dari PAS dlm konsep tahalluf siyasi bersama PRakyat, siapa yg berkuasa sebenarnya?





Kemudian kita dengar statement yg bercanggah di antara Timb Presiden PAS dan Presiden PAS... sehingga apabila perwakilan di mukatamar mula mempersoalkan secara terang-terangan, Dato Harun Din terpaksa mengeluarkan 'gag order' supaya perwakilan tidak lagi mempersoalkan isu ini yg akan dijawab nanti..  Arahan Majlis Syura Ulama Pas sudah tidak diendahkan lagi oleh puak Mat Sabu, dan Jawatankuasa PAS pusat mengundi berlawanan dengan kehendak Majlis Syura dalam konteks calon MB Selangor. PASma pula didaftarkan.  Tanda2 perpecahan teruk PAS sudah tidak dapat diselindung lagi.





Sebab itulah saya agak lega apabila mendengar ucapan Presiden PAS pada akhir muktamar yg begitu tegas; cuba mengembalikan semula kehormatan PAS di mata rakyat dengan tidak menyimpan langsung serangan berbisa terhadap rakan tidur sebantal mereka iaitu DAP dan PKR (kesian Kak Wan...). Saya berharap Hj Hadi dapat mengemudi kembali PAS ke jalan yg 'benar'...





Tapi sebenarnya adakah kita terkejut perkembangan sebegini? Mungkin sebab terlampau lama berkawan dengan 'syaitan' beginilah kesudahannya ("jika DAP ikhlas nak tlg PAS saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima"- Nik Aziz, Utusan Malaysia 24 Januari 1999)?





Atau mungkin doa " hancurkan UMNO" sudah makan tuan yg mana PAS yg menghadapi persimpangan kehancuran?





Apapun kini semua sudah terungkai di mata rakyat. Lakonan serta sandiwara pembangkan sudah terang lagi tersuluh. Sekarang berperang sesama sendiri untk memegang kuasa dan wang. Baru memerintah satu negeri yang penduduknya mencerminkan komposisi kaum di Malaysia. Belum lagi berkuasa di Putrajaya. Di Kedah waktu PAS memerintah pun begitu. Tak sampai satu term mula bercakar berebut jawatan MB sesama sendiri.





Akhir kalam, untuk rakan2 pemimpin UMNO pelajarilah dari apa yg terjadi oleh krisis ini. Jangan lupakan perjuangan asal kita.  Rakyat akan menilai kita di PRU yg akan datang. Yg lebih penting Allah akan menghakimi kita di akhirat nanti.





Allah berilah petunjuk pemimpin kami, selamatkanlah negara kami, selamatkanlah anak cucu kami, insyaallah.





Wallahualam.





- Wan Hakim Wan Mohktar - 


Ketua Penerangan


BPUNT





Sumber asal: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=871983266153184&id=100000245577492&ref=bookmark

TAG