Live Update: Laporan Polis fitnah pembelian asrama pelajar Terengganu di Mesir.

Ekoran daripada laporan polis yang telah dibuat oleh Setiausaha Khas MB, Ahmad Nidzam Abdul Karim, berkaitan isu fitnah pembelian asrama pelajar Terengganu di Mesir. 


Tiga pihak telah disebut dalam laporan berkenaan. Yang pertama ialah laman facebook individu bernama Roslan abdullah. Yang kedua terhadap penyebaran sms berkenaan fitnah berkenaan kepada orang awam oleh nombor telefon yang tidak dikenali dan dari ucapan adun Bukit Payung dalam ceramah ambang merdeka di Pekan Batu Enam.


Ahmad Nidzam berkata isu ini akan diperjelas lanjut oleh Dato' MB esok selepas mesyuarat mingguan exco di Wisma Darul Iman.


Turut hadir ialah Setiausaha Politikdan Setiausaha Akhbar kepada MB Terengganu.


TAG