Luahan hati akar umbi UMNO.. Pemimpin sila dengar...





Aku setuju..betul atau tak..kita kena membantu pemimpin2 UMNO. Apa yg mereka usulkan,tentu berguna utk kita semua. Yup. Itu aku setuju. Tanpa melihat akar umbi,kita terus menyokong apa jua tindakan pemimpin kita. Kita jgn jadi punca perpecahan UMNO. Aku setuju sgt. Dan didlm persetujuan kita,Ketua Wanita UMNO dpt pinjaman RM250 juta yg kononnya nak bisnez. Dan dlm kita setuju,pemimpin2 kita ditahan dgn wang beratus ribu didlm sebuah kondo. Dan kita terus setuju dgn pemimpin dan tetiba heboh anaknya memiliki kereta berharga jutaan ringgit. Yup aku setuju taati pemimpin. Yes boss diperakui. Dan terbitlah cerita Ketua Pemuda UMNO tak kisah jika pekerja dia menyokong pembangkang. Yup. Kita jgn aibkan pemimpin. Dan kita punya hak satu2 ditarik oleh politikus2 yg kita sokong. Bila kita menegur pemimpin,dilabelnya kita perosak parti. Kita pasti ke pemimpin yg kita pertahankan tu akan pertahankan agenda parti? Akhir sekali,kita harus menyokong tanpa berbelah bagi demi kelansungan parti no 1 org Melayu ini. Tetapi kita kena ingat..menyokong tanpa check and balance akan membuatkan org2 yg diatas pagar cepat menghukum kita. Ingat tu. Jika korang rasa menyokong terus menerus tanpa menegur itu bagus utk rakyat Malaysia,teruskan. Aku hormati. Hak korang. Teruskan.

- Genap 20 tahun aku menjadi ahli UMNO.

- Masuk pemuda umur 18 tahun.

- Jgn persoalkan kesetiaan aku.

- Jujur menjadi ahli. Bukan dijadikan boneka utk survival pemimpin diatas.

- Cawangan bukan bunian.
TAG