Remaja Malaysia semakin galak dengan seks bebas



 Masyarakat Malaysia kini saban hari didedahkan dengan pelbagai berita yang tidak enak untuk dipandang dan didengar.  Bermula dengan ada pemimpin yang menyokong LGBT atau seks bebas, malah ada di kalangan pemimpin ini yang menjadi pengamal seks bebas.





Lihat sahaja di dalam dunia maya, di dalam facebook, Twitter, instagram dan di dalam pelbagai lagi medium media sosial golongan remaja khususnya tanpa segan silu memuat naik gambar aksi ghairah mereka untuk tatapan umum.






Ke mana hala tuju sebenar golongan ini. Siapa yang patut dipersalahkan? Masalah ataupun isu ininjika tidak dikawal mahupun dibendung tidak mustahil Malaysia suatu hari nanti akan hancur dan musnah dilaknat oleh Allah.



Jika sekiranya remaja hari ini rosak kerana buruknya akhlak mereka, pemimpin bagaimanakah yang bakal dilahirkan kelak kerana remaja hari ini adalah pemimpin di masa hadapan.



Semoga Allah selamatkan negara kita daripada bala dan bencana.
TAG