Seorang lagi Pengkritik Palestin Maut



Pengacara bermulut lancang, Joan Rivers akhirnya menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital di New York pada Khamis. Pengacara program Fashion Police itu dimasukkan ke Hospital Mount Sinai sejak 28 Ogos lalu apabila dia berhenti bernafas selepas menjalani satu pembedahan yang melibatkan peti suara di sebuah klinik di New York.

“Dengan dukacita, saya mengumumkan berita kematian ibu saya, Joan Rivers. Dia meninggal dunia pada 1.17 petang dan keluarga serta teman rapatnya berada di sisinya sewaktu menghembuskan nafas terakhir,” menurut kenyataan anaknya Melissa Rivers.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu turut menghantar perutusan takziah atas kematian ikon komedi yang telah menggembirakan jutaan penonton di seluruh dunia.

Sebelum ini Joan Rivers dikritik dengan hebat lantaran melontarkan komen kontroversi berkaitan pencerobohan tentera Israel ke Gaza. Rivers merupakan penyokong lantang Israel. Rivers bukan sahaja mempertahankan tindakan Israel malah menyifatkan tentera Hamas sebagai pengganas dan merendah- rendahkan serta menghina penduduk Palestin.

Astro Awani & Sinar Harian
TAG