Siti digelar Mimpi Ngeri

SELAIN bergelar penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza turut mempunyai perniagaan yang dijadikan sebagai sumber pendapatan selain daripada bidang seni hiburan yang diceburi sejak lebih 18 tahun lalu. Baru-baru ini, Siti ada berkongsikan ‘screen shot’ perbualannya dengan seorang staf di syarikatnya. Namun, yang pelik dan kelakarnya pekerjanya itu menyimpan atau ‘save’ nombor majikannya yakni Siti dengan nama ‘Mimpi Ngeri’. Adakah Siti merupakan seorang bos yang garang dan tegas sehinggakan pekerjanya mengelarkannya sedemikian rupa? Ataupun mungkin staf tu memang rapat dengan Siti dan dia pun memang sengaja ‘berjenaka’ dengan bubuh nama ‘Mimpi Ngeri’ jika berurusan dengan Siti. Mungkin ni cara mereka ‘bermanja’ di antara sesama majikan dan staf kot. Mana tahu kan -


See more at: http://www.oomedianetwork.com/2014/09/pekerja-gelar-siti-nurhaliza-sebagai.html?m=1#sthash.P5UnYfbs.dpuf


TAG