126 Rakyat Malaysia Selamat Kembali Ke Tanah Air


Sebanyak 126 rakyat Malaysia telah dipindahkan dari Sana'a, Yaman dan selamat tiba di tanah air, kata Kementerian Luar dalam kenyataan Rabu.

Katanya kumpulan kedua terdiri daripada 54 rakyat Malaysia yang dipindahkan dari negara itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KL) dengan dua penerbangan, Rabu.

13 rakyat Malaysia tiba pada 8.25 pagi dan 41 lagi pada 3.05 petang.

Menurut kementerian berkenaan, kumpulan pertama, yang terdiri daripada 72 orang, tiba pada Selasa.

Kerajaan mengambil keputusan membawa pulang rakyat Malaysia berikutan pergolakan yang berlaku di Yaman.
TAG