70.5 JUTA TAMBAK PANTAI TOK JEMBAL


2 copy
Kerja-kerja sedang berjalan di tapak penambakkan pantai Tok Jembal

Berikutan kebimbangan mengenai masalah hakisan pantai di Kampung Tok Jembal, kerajaan Negeri Terengganu memperuntukkan RM70.5 juta bagi melaksanakan projek pengurusan pantai di kawasan itu yang bermula pada tahun 8 April 2014 dan dijangka siap sepenuhnya pada 7 April 2016.
Peruntukan ini sedikit sebanyak memberikan kelegaan kepada nelayan-nelayan di sekitar Pantai Tok Jembal yang sememangnya bergantung kepada hasil laut sebagai sumber pendapatan mereka.
Dalam temubual admin bersama beberapa nelayan di Pantai Tok Jembal, kebanyakan mereka memberikan maklum balas yang positif terhadap keprihatin Menteri Besar Terengganu, Dato Ahmad Razif Abdul Rahman yang mengambil inisiatif terbaik dalam menyelesaikan masalah hakisan ini.
Mohamad Abdullah,77, (Nelayan)
Mohamad Abdullah,77, (Nelayan)
Menurut Mohamad Abdullah,77 tahun, seorang nelayan yang tinggal di persisir pantai tok jembal dan hampir 50 tahun menjadi nelayan disini yang juga dikenali sebagai Pok Him oleh penduduk setempat seorang pengusaha budu dan belacan.
“Terima Kasih banyak-banyak pada kerajaan negeri kerana telah membina tambak laut sebagai penghalang ombak daripada terus hakis persisiran pantai yang sekian lama telah rosak.”
ayok ku copy Ku Yusuf Muda berkata “pengurusan masa untuk menyiapkan tambak laut itu amat perlu dititik beratkan supaya dapat mengurangkan kesan hakisan yang teruk di pantai iti”
Sebagai seorang pengunjung yang selalu datang berehat dipantai itu beliau merasakan amat perlu jeti untuk nelayan dibina dikawasan itu.
Beliau juga amat berterima Kasih kepada YAB Menteri Besar kerana prihatin terhadap masalah rakyat disini terutamanya golongan nelayan persisir pantai.
Pada ketika ini perkembangan projek pengurusan pantai sudah mencapai 15 peratus dan dijangka siap pada masa yang telah ditetapkan.
5
TAG