ADUN PAKA MAHUKAN PERUNTUKAN YANG SAMA DENGAN YB BN DAPAT???? POLITIK DUIT BELAKE...


APA KE BANGGANG PUNYA YB-YB PAS NING, ADMIN TIDAK TAHU LAH... AHMAD RAZIF SUDAH MEMBUKA RUANG SELUAS-LUASNYA UNTUK YB PAS MEMBELA NASIB RAKYAT DI KAWASAN YANG DI MENANGI TETAPI DEMI KUASA POLITIK DAN KETAMAKKAN KUASA SERTA DEMI DUIT SEMATA-MATA MAKAN DI TOLAK CADANGAN MENTERI BESAR TERENGGANU ITU... 

TERDAPAT BEBERAPA KOMEN DAN SURAT DARI AHLI PAS YANG TIDAK BERSETUJU DENGAN CARA KOLOT POLITIK PAS INI DAN MUNASABAH LAH PAS SUDAH BERPECAH 2 HINGGA TERTUBUHNYA PASMA.

ARTIKEL SETERUSNYA ADMIN AKAN POST KAN SELEPAS ARTIKEL INI MENGENAI SUARA AHLI PAS YANG MEMERLUKAN PERTOLONGAN DARI TOK WAKIL MEREKA......

RAKYAT TERENGGANU PERLU BIJAK MENILAI... BUKANNYA UMNOBN TIDAK MEMBUKA RUANG KEPADA YB PAS UNTUK BERKHIDMAT KEPADA RAKYAT TETAPI YB2 INI MAHUKAN LEBIH LAGI MAILEH POLITIK KEPADANYA.... APA GUNA MENJADI PEMBANGKANG DALAM SESEBUAH KERAJAAN KALAU PERUNTUKKAN SAMA DENGAN YB2 BN... HAHAHA.... ustaZ BODOWWW TERLAJOK....

PAS TERENGGANU TAWAQUF PENYERTAAN MAJLIS PERUNDINGAN RAKYAT

Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu telah memutuskan untuk menangguhkan penyertaan buat sementara waktu dalam apa yang dipanggil sebagai Majlis Perundingan Rakyat (MPR) anjuran Kerajaan Negeri Terengganu di bawah pimpinan YAB Menteri Besar Dato’ Haji Ahmad Razif Abd Rahman. Keputusan ini dibuat setelah meneliti laporan ke atas perjalanan majlis ini daripada wakil PAS yang telah turut serta dalam beberapa siri program tersebut.

Kami berpendapat dan menyarankan kepada YAB Menteri Besar agar mempertimbangkan tiga perkara berkaitan kepentingan rakyat dengan serius sebelum kami menyertai semula majlis ini:-

1) Memberi perakuan tandatangan wakil rakyat pembangkang dalam borang-borang permohonan oleh rakyat bagi diproses permohonan mereka oleh badan-badan kerajaan terutamanya kepada permohonan bantuan pendahuluan kemasukan ke IPTA atau IPTS. Sikap double standardyang diamalkan oleh badan-badan atau jabatan-jabatan kerajaan ini menyusahkan dan tidak langsung dilihat mengutamakan kepentingan rakyat terbanyak.

2) Meluluskan peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang secara adil yang telah dibuktikan menang secara sah dalam PRU yang lalu hasil daripada pilihan rakyat setempat. Amatlah tidak wajar kami wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat secara sah mengikut undang-undang yang ada dalam negara ini dinafikan hak peruntukan pembangunan sebagai wakil rakyat. Sebalilknya secara tidak demokrtarik pihak lain pula yang diberikan kuasa mengawal peruntukan pembangunan itu. Sedangkan pada tahun 1999 ketika pemerintahan PAS, peruntukan pembangunan wakil rakyat itu diagih secara adil kepada semua wakil rakyat sehinggalah royalti dirampas ketika itu.

3) Kami mendesak agar kerajaan Terengganu menyelesaikan terlebih dahulu masalah pengambilan tanah penduduk di Kg Banggol Donas Manir dan juga perampasan tanah Sekolah Rendah Islam Darul Bayan di Jalan Santong, Paka yang belum selesai sehingga kini yang melibatkan kepentingan rakyat yang sepatutnya diselesaikan seberapa segera.

Jelas dalam permintaan kami ini kesemuanya memenuhi semangat majlis yang ditubuhkan oleh YAB Menteri Besar iaitu berunding bagi kebaikan dan kesejahteraan rakyat negeri Terengganu. Ianya juga selaras dengan penekanan YAB Menteri Besar dalam Transformasi Terengganu Baharu (TTB) yang mana salah satunya ialah Transformasi Politik iaitu mahu mendengar dan melibatkan rakyat dalam membuat keputusan. Juga bertepatan dengan salah satu daripada lapan prinsip asas kepada gagasan TTB ini iaitu “inklusif” di mana YAB Menteri Besar berjanji akan meraikan suara takyat dalam pembangunan serta prinsip intergriti yang mana YAB Menteri Besar juga menekankan perlunya pembersihan luar dan dalam.

Oleh itu kami mengharapkan laungan TTB serta prinsip-prinsip asasnya itu tidak hanya dicanang, akan tetapi dizahirkan. Kami yakin dan percaya, inilah peluang terbaik bagi YAB Menteri Besar membuktikan slogan-slogan ini dilaksanakan bagi menjaga kepentingan rakyat secara keseluruhan.

Akhirnya, kami mengharapkan agar keadilan dan kesaksamaan dapat dikembangkan dengan seikhlasnya kerana kita semua akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah nanti tentang amanah yang sedang kita galas ini. Kami juga sedia maklum bahawa YAB Menteri Besar mempunyai kuasa penuh bagi memenuhi tuntutan kami ini. Sehingalah tarikh pembentangan Bajet 2015 nanti, jika masih tiada pelaksanaan terhadap tuntutan kami ini, maka kami menganggap YAB Menteri Besar memilih untuk tidak mahu memberikan hak yang sepatutnya kepada rakyat dan rakyat akan melihat ketidakikhlasan kerajaan Terengganu di bawah pimpinan YAB Menteri Besar dalam melaksanakan TTB cipataan YAB Menteri Besar sendiri.


(YB USTAZ SAIFUL BAHRI MAMAT)
Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu

14 Zulhijjah 1435 bersamaan 9 Oktober 2014
TAG