ANAK IKAN SALAH GUNA KUASA KERANA TAKSUB !!!

Kerana TAKSUB Kepada Anwar Ibrahim, Anak Ikan Ini Salah Guna Kuasa
Pemimpin Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya (MPPUM), Fahmi Zainol bertindak secara bebas tanpa persetujuan daripada mana-mana daripada 43 orang anggota dewan yang lain.

Pengerusi Kolej Kediaman dan Luar Kampus, Mohd Faridzuan Karim berkata, program pidato Anwar tersebut tidak pernah dibincangkan secara bersama MPPUM yang lain dan pihaknya berasa terabai serta tidak dipedulikan olehnya.
“Fahmi menggunakan kuasa sebagai YDP (Presiden) untuk membuat keputusan satu pihak untuk meneruskan program yang tidak pernah dipersetujui oleh MPP yang lain."

“Mengapa, bagaimana dan apa alasan beliau (Fahmi) bagi menggunakan nama MPPUM dalam poster yang ditempatkan di seluruh universiti?,” katanya yang marah apabila melihat poster yang mengandungi nama MPPUM yang terpampang di seluruh kampus.

Katanya, beliau juga tidak menyokong penganjuran program pidato oleh Anwar.
Mohd Faridzuan menambah, MPPUM turut menentang tindakan Fahmi yang membawa Anwar ke kampus.

Menjelaskan bahawa tidak ada kertas kerja mengenai program yang telah diserahkan oleh Fahmi ke HEP seperti prosedur sepatutnya, Mohd Faridzuan menambah, "Kita harus, sebagai mahasiswa, ikut prosedur."

Beliau turut mendedahkan bahawa kebanyakan pelajar yang hadir adalah bukan daripada pelajar UM tetapi dari luar.

Mohd Faridzuan berkata, "Sebenarnya, pelajar-pelajar dari luar UM melebihi dari yang ada dari dalam. Yang ramai itu hanya terdiri dari beberapa pelajar UM."

Sambil melahirkan kekecewaannya pada Fahmi kerana mengheret MPPUM ke kancah kontroversi, Mohd Ridzuan berkata, "Kami telah mengeluarkan satu memorandum kepada universiti dan membuat laporan polis Lembah Pantai menyatakan bahawa Fahmi bertindak mengikut kehendak sendiri dan kapasitinya sebagai presiden MPPUM, membawa masuk Datuk Seri Anwar Ibrahim."

Tidak selesa tentang waktu ceramah tersebut, Mohd Ridzuan bertanya, "Mengapa dia (Fahmi) membawa Anwar masuk? Apakah alasan terutama apabila esok dan hari berikutnya (Selasa dan Rabu) Anwar mungkin akan dihukum penjara?"

Mencadangkan bahawa pelajar telah dieksploitasi oleh Fahmi dan Anwar, Mohd Faridzuan mempersoalkan, "Adakah mahasiswa digunakan ... diseret ke politik jalanan yang kita tahu selama ini dilarang di kampus kita?

"Ini adalah apa yang saya mahu Fahmi jawab."

SUMBER




TAG