Asal 30 ... Last Naik ke 100 Keping... Hampeh...

Kuala Terengganu: Arkitek berpengalaman Terengganu, Zairo Anuar Zailani menuntut rakan sepasukan mencari gol awal bagi memberi tekanan kepada Johor Darul Ta'zim (Johor DT) dalam aksi kedua suku akhir Piala Malaysia di Stadium Tan Sri Datuk Hassan Yunos, Larkin, Khamis ini.

Bekas pemain kebangsaan itu percaya jika taktik dirancang jurulatih menjadi, pasukan sang Penyu mampu menundukkan skuad Harimau Selatan itu meskipun beraksi di depan ribuan penyokong fanatik skuad itu.

"Gol awal penting buat menyuntik semangat selain mampu memberi tekanan kepada lawan dan penyokong mereka," katanya.

Bagaimanapun, pemain berusia 32 tahun itu tidak mahu rakan sepasukan mengambil mudah pertemuan berkenaan kerana sejarah membuktikan padah menanti pasukan yang terlalu yakin.

"Saya tidak kisah siapa yang menjaringkan gol, tapi yang penting kami mahu menang," katanya.
Pakar sepakan percuma itu turut berharap barisan serangan diketuai Mohd Ashaari Shamsuddin, Abdul Manaf Mamat, Mohd Nor Farhan Muhamad dan Ismail Faruqi Ashaari mampu menggegar gawang tuan rumah selain mengharapkan barisan tengah berupaya menjana umpanan bijak serta pertahanan dapat mengekang penyerang lawan.

Zairo yang pernah beraksi bersama Kelantan dan T-Team turut mengharapkan perancangan jurulatih Abdul Rahman Ibrahim serta pembantunya Ahmad Yusof mampu memerangkap Johor DT.
HM
TAG