AZMIN TIDAK MAHU PKR CAMPUR TANGAN DENGAN PENTADBIRAN KERAJAAN SELANGOR?

Mohamed Azmin Ali menolak dakwaan pelantikan Rafizi Ramli sebagai Setiausaha Agung PKR adalah usaha mengawal atau membatas kuasanya selaku Menteri Besar Selangor.

Sebaliknya beliau menjelaskan pelantikan Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan itu adalah kehendak parti., lapor Selangor Kini.

 “Tidak ada. Ia adalah keputusan parti,” katanya kepada media selepas majlis ramah mesra dan solat Jumaat di Masjid Kampung Raja Uda, Pelabuhan Klang hari ini.

Ini ekoran terdapat dakwaan pihak tertentu menyatakan pelantikan Rafizi sebagai Setiausaha Agung PKR menggantikan Datuk Saifuddin Nasution Ismail untuk mengawal kuasa Azmin yang dilantik Menteri Besar Selangor yang baharu demi menjaga kepentingan parti berkenaan.

Sebelum ini, PKR melantik Saifuddin sebagai Pengarah Pilihanraya PKR bersama Naib Presiden, Nurul Izzah Anwar bagi menggantikan Mohamed Azmin Ali. HarakahDaily

TAG