Ben10 Kembali Menyarung Jersi Kelantan Buat Kali Ke 3

Ben10 Kembali kepangkuan TRW pada musim 2015 ini. Adakah benar cerita-cerita kita tentang jendela perpindahan pemain untuk liga malaysia yang bakal dibuka selepas tamat kempen Piala Malaysia nanti.

Setiap pasukan akan mencari pemain-pemain terbaik untuk mewakili kelab dan juga pasukan negeri yang layak bertanding dalam liga malaysia.

Farhan kemungkinan besar dan diramal akan menyarung jersi pasukan TRW buat kali ketiga pada musim2015 ini.

BUKAN lagi dianggap rahsia apabila penyerang sensasi Terengganu, Mohd Norfarhan Muhammad semakin hampir kembali menyertai The Red Warriors (TRW) bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan. 

Bukan setakat berita perpindahan Norfarhan atau terkenal dengan panggilan Ben10 dalam kalangan peminatnya tersebar luas dalam laman sosial, malah satu sumber dalaman juga mengesahkan bahawa pemain berusia 30 tahun itu menyatakan kesediaannya kembali menabur bakti bersama Kelantan.

“Rundingan dengan Norfarhan menampakkan tanda positif dan pemain berkenaan dikatakan bersetuju dengan tawaran dikemukakan. Saya boleh katakan dia hampir 98 peratus akan kembali menyarung jersi Kelantan pada musim depan.


“Malah beberapa pemain Kelantan sendiri turut menyatakan sokongan mereka jika Norfarhan memilih untuk kembali menyarung jersi pasukan yang pernah dia wakili pada musim lalu,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Khabar terbaharu itu pastinya memberi kelegaan buat penyokong setia Pahlawan Merah yang begitu mengharapkan kepulangan Norfarhan meskipun pemain berkenaan dikatakan turut diintai dua pasukan berstatus kelab, T-Team dan Johor Darul Ta’zim (JDT) sebelum ini.

Menurut sumber, aura dan sokongan padu penyokong Kelantan meskipun  Norfarhan tidak menyarung jersi TRW pada musim ini adalah faktor utama yang mendorong minatnya untuk kembali semula menetap di Kota Bharu.

“Norfarhan meluahkan rasa terharunya apabila sekumpulan penyokong Kelantan yang bertandang ke Kuala Terengganu sempat meluangkan masa menziarahi keluarganya setelah mendapat tahu kepulangan ayahnya ke rahmatullah pada Mei lalu.

“Sukar bagi dirinya melupakan peristiwa tersebut dan kunjungan penyokong Kelantan membuatkan dia dihargai dan sebab itulah Norfarhan memilih untuk kembali menyertai Kelantan musim depan,” katanya.

Tambah sumber itu lagi, selain Norfarhan, dua lagi pemain Terengganu yang turut disebut-sebut bakal mengubah angin dengan menyertai Kelantan pada musim depan ialah penyerang, Abdul Manaf Mamat dan kaptennya, Hasmizan Kamarodin.
TAG