BENARKAH PERISIK TENTERA AMERIKA BERADA DI MALAYSIA??

Amerika bijak dengan strategi perangnya yang telah mengkaburkan mata pihak musuhnya dengan pelbagai cara dan yang terbaru pada bulan lepas telah mengemparkan seluruh pelusuk bumi malaysia dengan kedatang tentera US ke Tanah Bumi Terengganu.

Berita ketibaan tentera Amerika itu telah mengecutkan dan suasana panik buat rakyat terengganu pada malam  ketibaan itu. Ramai yang membuat spkelulasi sendiri kerana ketibaan itu tidak dihebahkan kepada rakyat negeri itu secara langsung dan hanya pengetahuan pihak keselamatan negeri sahaja.

Apa pun kedatangan tentera tersebut atas kerjasama dalam latihan ketenteraan yang mana telah dilakukan sejak bertahun lagi yang telah dilakukan di negeri perak, penang, johor serta Negeri Sembilan dan pada tahun ini lokasi latihan yang menjuruskan kepada bencana alam dan keselamat orang awan.

Dengan kedatangan itu... semalam beberapa soalan Ahli Parlimen Malaysia juga meminta penjelasan akan kes yang berlaku di negeri Terengganu dan Kelantan itu dan ia dijawab kesemua soalan tersebut.

Perkara ini juga mendapat perhatian seluruh rakyat dan juga pemimpin untuk sama-sama mengambil berat tentang keselamat negara khasnya.


Sesi menjawab soalan di Parlimen hari ini (9 Okt 2014),

Soalan 1
Adakah Malaysia telah menawarkan kemudahan pangkalan tentera laut di Sabah untuk menempatkan pesawat P-8A Poseidon milik Amerika Syarikat seperti kenyataan Ketua Operasi Tentera Laut Amerika Syarikat? Berapakah tempoh masa pesawat tersebut dibenarkan berada di Sabah?

Jawapan:
TLDM tidak mempunyai keupayaan untuk menempatkan pesawat P-8A Poseidon di Sabah.

Kenyataan Ketua Operasi Tentera Laut telah disalah tafsir oleh pihak media AS sendiri.

AS perlu membuat permohonan kpd Malaysia melalui MOFA untuk mendapatkan kebenaran pesawat berada di Sabah.

Kelulusan dibuat secara case by case seperti yang telah dilakukan sewaktu misi pencarian dan menyelamat MH370.

Soalan 2:
Pendaratan ketumbukan Tentera Amerika Syarikat di beberapa buah lokasi di Malaysia telah menimbulkan tanda tanya yang besar di kalangan masyarakat. Perjanjian operasi apakah sebenarnya yang telah ditandatangani oleh pihak Kerajaan dengan mereka dan berapakah lokasi yang dipilih untuk menjayakannya.

Jawapan:
ATM telah lama jalinkan kerjasama pertahanan berbentuk latihan bersama US melalui MOU (22 Jun 1990).

Sebanyak 7 jenis latihan bersama ATM & AS pada setiap tahun . Kehadiran Tentera US di Kelantan dikenali sebagai Eksesais Keris Strike yang telah bermula dari 13 - 26 September 2014.

Ianya merupakan latihan kali ke-18 dan telah melibatkan seramai 795 orang anggota (462 TDM & 333 USAPARC).

Latihan bersama ini telah melibatkan United States Army Pacific Command & 8 Briged Infantri TDM. Konsep Bantuan Kemanusiaan & Peredaan Bencana adalah teras kepada latihan tersebut.


Soalan 3:
Apakah keperluan latihan bersama Tentera Amerika Syarikat di Malaysia serta sejauh mana maklumat dan rahsia keselamatan kita terjamin dengan kehadiran berbulan-bulan perisik tentera asing ke negara kita?

Jawapan:
Latihan dipercayai dapat memberi manfaat kepada anggota ATM dari aspek peningkatan profesionalisme,kemahiran,kepakaran & teknologi ketenteraan.

Tidak ada sebarang petunjuk bagi terdapatnya kehadiran perisik tentera asing ke Malaysia melalui siri latihan bersama.

Kerjasama latihan ketenteraan tidak dibuat secara adhoc tetapi perlu melalui proses-proses tertentu melalui perjanjian latihan di antara kedua-dua negara yang dimeterai menerusi MoU.

Di dalam beberapa siri mesyuarat antara kedua belah pihak, segala isu sensitif seperti isu keselamatan dan kerahsiaan negara adalah menjadi keutamaan semasa perbincangan.

Malahan mesyuarat turut membincangkan secara terperinci berkenaan corak latihan, kekuatan anggota yang terlibat, aset yang digunakan, aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan, tempat latihan dan aspek keselamatan.

ATM sentiasa memberikan keutamaan yang tinggi dan semestinya tidak akan sesekali berkompromi di dalam soal menjaga maklumat dan kerahsiaan negara dari dibolosi atau dicemari oleb sesiapa pun.

Anggota ATM dan tentera asing yang terlibat akan diberikan taklimat berkaitan perkara-perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan (Do and Don't)

Sebagai negara yang berdaulat, Malaysia bebas untuk bekerjasama dengan semua negara samada peringkat ASEAN atau global.

Kerajaan akan terus memperkasa ATM untuk menjadikan ATM sebagai sebuah angkatan yang efisien dan kredibel bagi menghadapi cabaran dunia masa kini.








TAG