BEST : Umur Masih MUDA Tetapi HATINYA Cukup BESAR - Nur Aziati


Visi
Membentuk perubahan minda dan tindakan belia seiring Transformasi Terengganu Baharu menjelang Malaysia maju tahun 2020.

Misi

Pembawaan islam kontemporari dalam cetusan strategi pembangunan ilmu & kemahiran, pembentukan sikap, pembinaan jaringan perhubungan dan pemupukan gaya hidup sihat bagi pemantapan belia.

Nur Aziati Ahmad Razif,22, merupakan anak kedua daripada empat orang adik beradik dari pasangan pesara guru disebuah sekolah dalam Negeri Terengganu.

Beliau yang sedang menuntut di sebuah IPTA di negeri ini iaitu UiTM Dungun dalam jurusan Pentadbiran Awam,disemester ke empat dan beliau juga mempunyai peranan yang besar didalam UiTM serta merupakan tempat rujukkan kawan-kawan sekuliah dan juga junior dalam jurusan yang diambilnya itu.

Beliau mempelajari setiap Ilmu yang dicurahkan kepadanya untuk meneruskan hidup sebagai seorang INSAN yang berguna kepada masyarakat yang berada disekitarnya.

Sesiapa yang mendekati beliau buat kali pertama akan cuba untuk mendekatinya buat kali kedua kerana beliau begitu mesra dengan sesiapa sahaja yang bertemu dan beramah mesra dengannya.

Nur Aziati mempunyai perwatakan yang baik dan senang didekati oleh semua lapisan masysarakat dari kecil sehingga orang-orang yang sudah agak berumur di kawasannya mahupun ditempat beliau belajar sekarang ini.

Apa sahaja yang dilaluinya dan kritikan terhadap beliau sepanjang kempen ini, beliau menganggapnya sebagai asam garam dalam pertandingan serta membuatkan beliau lebih kuat untuk membawa belia keperingkat yang lebih tinggi lagi. SEMANGAT YANG KUAT MENJADIKAN "ATI" Lebih TABAH Mengharung setiap inci perjalan hidup ini.



Menurut Beliau "Baru-baru ini ada beberapa profile FB yang cuba untuk memberi gambaran buruk terhadap saya dan saya telah perjelaskan apa yang patut untuk diri saya serta hala tuju belia yang saya bawakan ini'.

"Alhamdulillah.. usaha penerangan itu berjaya dan orang yang berkenan dapat menerima dengan apa yang saya sampaikan itu dan saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi mempromosikan saya selama tempoh hari berkempin ini".

Dikesempatan ini admin mengucapkan jutaan terima kasih setelah  membuat temuramah denga beliau dan BENARlah kata-kata sahabat yang rapat dengan "Ati", kemesraan dan mudah didekati untuk berbicara sesuatu dengan beliau membuatkan kita terasa kemesraan serta keselesaan apabila bersama.

Sepanjang temuramah  berlangsung admin sempat bertanya tentang VISI dan MISI serta agenda yang mahu dibawanya untuk Belia Negeri Terengganu apabila berada di Parlimen Belia Malaysia nanti dan semua itu dalam perancangan beliau serta hala tuju BELIA di Terengganu masa akan datang.

Admin cadangkan agar semua perancangan MISI dan VISI itu patut di BUKUkan demi memudahkan setiap Belia dan Beliawanis mendapat input dari apa yang ditulisnya nanti.

Apa pun Admin mengucapkan  SELAMAT MAJU JAYA kepada semua Calon-Calon yang menyertai pertandingan PARLIMEN BELIA MALAYSIA 2014/2015 ini.






TAG