Dr. Najmil Faiz Antara Penerima Pingat Kebesaran Negeri Pahang



Puan Sri Norainee Abdul Rahman
KUANTAN, Isteri Timbalan Perdana Menteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman mendahului senarai 978 penerima darjah, bintang dan pingat kebesaran sempena ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah, Sabtu.


Beliau adalah antara 23 penerima Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) dan seorang SSAP (Kehormat) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Turut menerima darjah yang sama ialah isteri Menteri Besar Pahang Datin Seri Diraja Datuk Junaini Kassim, Kerabat Pahang Tengku Datuk Asmawi Tengku Hussin, isteri Menteri Pertahanan Datin Seri Tengku Marsilla Tengku Abdullah, isteri Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datin Seri Khamarzan Ahmad Meah.

Isteri Menteri Dalam Negeri Datin Seri Hamidah Khamis, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Pahang Datuk Mohd Sharkar Shamsudin, Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Asas dan Alam Sekitar Pahang Datuk Ir Mohd Soffi Abdul Razak dan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Perbandaran Pahang Datuk Wan Rosdy Wan Ismail juga menerima SSAP.

Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Keusahawanan dan Kepenggunaan Pahang Datuk Shahiruddin Ab Moin, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya Datuk Zohari Akob, Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Khair Mohamad Yusof, Ketua Pengarah Pengairan dan Saliran Datuk Ir Ahmad Husaini Sulaiman, Ketua Polis Pahang Datuk Sharifuddin Ab Ghani, Ketua Polis Sarawak Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman dan Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima Berhad Datuk Amrin Awaluddin turut dianugerahkan SSAP.

Ketua Pegawai Eksekutif Malakoff Corporation Berhad Datuk Syed Faisal Albar, peguambela dan peguamcara Datuk Punidanathan a/l Velupillai, Konsultan Pakar Bedah Ortopedik dan Trauma Datuk Zulkarnain Ismail serta Chan Sew Leang@ Albert juga menerima SSAP manakala Presiden Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia Professor Dr Ir Djohar Arifin Husin pula menerima SSAP (Kehormat).

Seramai tujuh orang menerima Darjah Sri Indera Mahkota Pahang (SIMP) yang membawa gelaran Datuk termasuk isteri Panglima Angkatan Tentera Datin Sri Umi Kalsom Wan Awang, Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Puan Sri Dr Imran Ibrahim dan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Tahan Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak.

Turut menerima SIMP ialah Pengarah Tanah dan Galian Pahang Datuk Azizan Ahmad, pesara Datuk Omar Othman, Pakar Perubatan Pusat Perubatan Beverly Wilshire Datuk Abdul Jalil Jidon dan Ketua Pegawai Eksekutif Felda Global Ventures Holdings Berhad Mohammed Emir Mavani Abdullah.

Seramai 34 lagi dianugerahi Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) yang membawa gelaran Datuk termasuk isteri Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Datin Seri Jamaliah Zainal Abidin, Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Datuk Rozana Ali Yusoff, Penasihat Undang-Undang Pahang Shamsulbahri Ibrahim, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Ahmad Fauzi Nordin serta Ketua Pengarah Jabatan Perancang Bandar dan Desa Semenanjung Dr Dahlia Rosly.

Ketua Pengarah Pengurusan Sisa Pepejal Negara Datuk Nadzri Yahaya, Ketua Pengarah Asean Kementerian Luar Negeri Datuk Muhammad Shahrul Ikram Yaakob, Pegawai Kemajuan Negeri Pahang Datuk Mohamad Roslan Harun, Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang Datuk Mohamad Noor Abdul Rani, Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang Datuk Ir. Abdul Jalil Mohamed, Pengarah Pendidikan Negeri Pahang Rosdi Ismail, Timbalan Ketua Polis Pahang Datuk Fatimah Ghazali dan Ketua Jabatan Pengurusan IPK Sarawak SAC Mohd Jasmani Yusoff juga menerima DSAP.

Antara penerima Darjah Indra Mahkota Pahang(DIMP)DR. Najmil Faiz Mohamad Aris  Setiausaha Sulit Kementerian  Luar Bandar dan Wilayah merangkap Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuala Terengganu serta Naib Ketua Pemuda UMNO Negeri Terengganu adalah satu daripada  102 individu penerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) dan seorang DIMP (Kehormat) yang membawa gelaran Datuk iaitu Ketua Pengarah Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) Mohammad Razin Abdullah, Pegawai Daerah Bera Shamsudin Sah Mohd Said, Pegawai Daerah Bentong Azhar Arshad, Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri Pahang Mat Lazim Salleh, dan Pegawai Tugas Khas Kepada Perdana Menteri Rizal Mansor.

Timbalan Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Perusahaan Pertanian Negeri Pahang Abdul Rahim Abdullah, Pengarah Bahagian Pengurusan Psikologi Jabatan Perkhidmatan Awam Abd Halim Mohd Hussin, Hakim Syarie Mahkamah Tinggi Syariah Pahang Mohd Yusof Ab Ghani, Johan Tilawah Al-Quran peringkat Pahang, Kebangsaan dan Antarabangsa Hanimzah Jalaluddin juga menerima DIMP manakala Ketua Pegawai Eksekutif PASDEC Resources South Africa Kevin Poovendhran Pather menerima DIMP (Kehormat).

Sultan Ahmad Shah turut berkenan menganugerah Darjah Setia Ahmad Shah Pahang (SAP) kepada 44 penerima, Darjah Setia Mahkota Pahang (SMP) kepada 40 penerima, Ahli Ahmad Shah Pahang (AAP) kepada 52 penerima dan Ahli Mahkota Pahang (AMP) kepada 153 penerima.

Selain itu, 131 orang dianugerah Pingat Khidmat Cemerlang (PKC), Pingat Kelakuan Terpuji (PKT) kepada 127 penerima dan 263 penerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK).

Istiadat pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri akan diadakan di Balairung Seri, Istana Abu Bakar di Pekan pada Sabtu ini.

:: Terengganu Times ::
TAG