Felda Perlu Contohi Kerajaan Negeri Terengganu.

::: Isu Perumahan Generasi Baru Felda (PGBF) :::



Semalam, saya sempat bersama dlm sidang media selepas satu program di Kuala Terengganu. Dalam sidang media tersebut, YB Nawi (Exco Kerajaan Negeri Terengganu) yg mewakili YAB Menteri Besar Terengganu memohon pihak Felda mpercepatkan & membina segera perumahan generasi kedua Felda di negeri Terengganu spt yg dijanjikan sebelum ini.

Beliau juga menekankan & memohon supaya harga rumah yang ditawarkan nanti mampu dimiliki oleh golongan generasi kedua Felda.

Oleh yang demikian, kami di Majlis Belia Felda Negeri Terengganu (MBFNT) memohon pihak Felda utk segera mengkaji mekanisma terbaik dalam menentukan harga paling sesuai dan paling rendah seperti yg telah dijanjikan oleh YAB Perdana Menteri pada 4 tahun lepas di satu Himpunan Generasi Baru Felda.

Situasi terkini, dikhabarkan harga rumah yg bakal ditawarkan minimumnya adalah RM120 ribu seunit dan dikatakan ada yg bakal mencecah RM200 ribu tertakluk kepada kos tambahan di lokasi ianya dibina. Ini sama sekali tidak menepati janji Perdana Menteri tempohari.

Oleh yang demikian, kami ingin mencadangkan supaya pihak bertanggungjawab dalam perumahan generasi baharu Felda untuk menyediakan perumahan pelbagai jenis seperti rumah mampu milik, kos rendah, sederhana rendah dan sederhana. Ini akan memberi pilihan kepada generasi kedua Felda utk membeli rumah mengikut kemampuan masing-masing.

Setakat ini, banyak kerajaan negeri mampu menyediakan Rumah Mampu Milik (RMM) yg berharga RM70k hingga RM95k. Contohnya di Terengganu Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman mengumumkan harga Rumah Mampu Milik Rakyat di Terengganu diturunkan dari RM73,000 sebelumnya kepada RM68,000 sahaja, manakala bayaran bulanan diturunkan dari RM323.00 sebulan hanya kepada RM189.00 sahaja.

Tetapi mengapa tidak Felda ? Kami yakin dengan inisiatif Felda & kerjasama baik antara kerajaan negeri dan pusat maka program perumahan seperti yg disediakan kerajaan negeri Terengganu juga mampu disediakan kepada seluruh warga Felda.

Selain harga, pihak kami juga memohon dipertimbangkan mekanisma pinjaman yang lebih sesuai utk golongan sasar.

Jika sesuai kami sangat berkehendakkan projek Perumahan Sentuhan Kasih seperti di Felda Tenggaroh dapat diperluaskan keseluruh kawasan Felda.

Kami sangat bimbang jika rumah PGBF ini siap kelak dan harga masih lagi mahal tanpa memberi pilihan kategori jenis rumah maka rumah yg siap itu nanti akan dimiliki golongan yang tidak menetap di rancangan Felda.

Jika ini berlaku, maka tidak sama sekali menyelesaikan masalah utama iaitu menyelesaikan anak-anak peneroka yg sudah berkeluarga tetapi masih menumpang dan tinggal sebumbung dengan ibu bapa mereka di tanah rancangan.

SUMBER
Mohd Fauzi bin Mat Adam
Pengerusi,
Majlis Belia Felda Negeri Terengganu.
Tarikh: 23/10/2014
TAG