Isu Pil Kuda Untuk Desak Hadi Berundur Presiden PAS


Berasaskan isu Pil Kuda, facebook pro Pakatan Rakyat, ‘Rakyat Bangkit‘ mendesak Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengundur diri daripada terus memegang jawatan Presiden PAS.
“Seterusnya, perlu pula dibuktikan bahawa plaintif benar-benar berniaga pil kuda dengan ada bukti transaksi pembela dan penjual dengan resit atau bukti konkrit yang lain.

“Hukum hudud mana pula yang Hj Hadi nak gunakan ke atas kes ini.?

“Sebab itulah kami menyeru kepada Presiden yang tidak faham erti merendah diri lalu memohon maaf di atas kekhilafan beliau, bukanlah itu lebih mulia, Islamik dan tawadhuk serta mengelakkan mudharat yang lebih besar kepada diri serta jemaah sekaligus memelihara ukhuwah Islamiyyah?

“Sejujurnya, kami juga berniat hendak menyelamatkan maruah Presiden sementara waktu masih ada. Jangan sampai sudah disaman berjuta-juta baru hendak merendahkan ego.

“Presidenku..! Berundurlah..

“Dah banyak yang Tuhan Zahirkan terkeluar dengan sendirinya daripada percakapan dan perbuatanmu untuk menunjukkan bahawa dikau bukanlah lagi layak memimpin jemaah ini. Berundurlah selagi ada waktu untukmu…,” gesanya.


Rakyat Bangkit turut mendakwa Abdul Hadi gagal menghadirkan diri semasa perbicaraan selama dua hari, 8-9 Oktober di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu.

“ADMIN: Kenapa Hj Hadi gagal hadir ke Mahkamah untuk memberikan kenyataan beladiri.?

“Bukankah beliau beranggapan ada bukti yang mensabitkan kesalahan pihak plaintif.?

“Mana maklumat yang Hj Hadi dapat sehingga sanggup untuk membuat pertuduhan di atas pentas ceramah.?,” soalnya.


Dalam masa sama Rakyat Bangkit turut mendakwa Mahkamah telah memerintahkan Abdul Hadi untuk membela diri pada 28 Oktober ini :

Hj Hadi wajib kena hadir pd 28.10.14. Sekiranya Hj Hadi tidak hadir, mahkamah akan memutuskan kemenangan di pihak Shamsul. 5 peguam kini bersama Shamsul, 2 Melayu dan 3 India. Mereka dengan penuh keyakinan akan menang dalam kes ini.

Walaupun Hj Hadi tidak menyebut nama siapa pengedar pil kuda, calon komunis dan calon tangkap muat tetapi Hj Hadi ada menyebut ianya berlaku dikawasan pertindihan kerusi.

Dimana. ..? 6 DUN iaitu:

1. Sg Acheh
2. Labuan
3. Kota Damansara
4. Kota Putera
5. Bukit Besi
6. Seberang Takir

Walaupun Hj Hadi menyebut secara umum, jangan lupa hanya 6 DUN sahaja yang terlibat. InshaAllah..! 3 calon PKR akan hadir pada 28.10.14 akan datang. Kota Putera, Seberang Takir dan Bukit Besi. Kesemuanya dari Terengganu.

Bukti video sudah ada ditangan Shamsul malah video ucapan Hj Hadi di satu majlis tertutup di Alor Limbat, Terengganu ada menyebut calon berumur 20 tahun keatas.

Ini senjata terakhir di mahkamah rayuan sekiranya keputusan disebalik. 5 peguam Shamsul sudah tidak sabar untuk bertanya soalan kepada Hj Hadi pada 28.10.14 ini.

“Siapakah diantara keenam-enam calon ini yang Hj Hadi tuduh.?! Hj Hadi WAJIB kena jawab….”[read more]
TAG