Jangan SUKA Menyebar FITNAH dan AKHIRNYA Memakan DIRI SENDIRI?


Hadith  dari   Huzaifah r.a: 

Sayidina Umar r.a pernah bertanya aku ketika aku bersamanya. 

Katanya: Siapakah di antara kamu yang pernah mendengar Rasulullah s.a.w meriwayatkan tentang fitnah? 

Para sahabat menjawab: Kami pernah mendengarnya. 

Sayidina Umar bertanya: Apakah kamu bermaksud fitnah seorang lelaki bersama keluarga dan jiran tetangganya? 

Mereka menjawab: Ya, benar. 

Sayidina Umar berkata: Fitnah tersebut boleh dihapuskan oleh sembahyang, puasa dan zakat. 

Huzaifah berkata:Tetapi, siapakah di antara kamu yang pernah mendengar Nabi s.a.w bersabda tentang fitnah yang bergelombang sebagaimana lautan bergelombang?

Para sahabat terdiam. 

Kemudian Huzaifah berkata: Aku, wahai Umar! 
Sayidina Umar berkata: Engkau. 

Lantas Sayidina Umar memuji dengan berkata ayahmu adalah milik Allah. 
Huzaifah berkata: Aku dengar Rasulullah s.a.w bersabda: Fitnah akan melekat di hati manusia bagaikan tikar yang dianyam secara tegak-menegak antara satu sama lain. 

Mana-mana hati yang dihinggapi oleh fitnah, nescaya akan terlekat padanya bintik-bintik hitam. Begitu juga mana-mana hati yang tidak dihinggapinya, akan terlekat padanya bintik-bintik putih sehinggalah hati tersebut terbahagi dua: 

Sebahagiannya menjadi putih bagaikan batu licin yang tidak lagi terkena bahaya fitnah, selama langit dan bumi masih ada. Manakala sebahagian yang lain menjadi hitam keabu-abuan seperti bekas tembaga berkarat, tidak menyuruh kebaikan dan tidak pula melarang kemungkaran, segala-galanya adalah mengikut keinginan (Hadith Riwayat Muslim)
TAG