Jennifer tak kisah suami berbogel

Tampil tanpa pakaian di layar perak adalah perkara biasa bagi pelakon Hollywood tetapi bagaimana pasangan mereka menerima babak itu apabila me­nyaksikan tayangan filem lakonan suami atau isteri mereka.

Bagi aktres Jennifer Garner, dia pernah menonton lakonan suaminya, Ben Affleck tanpa seurat benang dan terbaru, filem Men, Women & Children. 
Jennifer akui ketika menerima tawaran itu, suaminya awal-awal lagi memaklumkan akan ada babak yang memerlukan dia berbogel. 

Ketika malam gala apabila membawa isterinya menonton filem itu, Affleck sekali lagi me­ngingatkan isterinya mengenai babak itu.

“Dia seorang yang sangat baik. Affleck bimbang saya akan terluka atau kecewa melihat lakonannya tidak berpakaian di layar perak. Sifatnya membuatkan saya rasa dilindungi,” katanya.Jennifer hanya ketawa apabila ditanya bagaimana perasaannya ketika menonton suaminya berbogel dalam filem. Katanya, ia perkara biasa dan bukan perkara pelik melihat dia dalam keadaan begitu. 

Kata Affleck, babak itu tidak terlalu lama dan dia berani melakukannya kerana berasakan ia satu keperluan untuk mencantikkan lagi kisah yang ingin ditonjolkan. 

“Ketika ditawarkan watak itu, pengarah memaklumkan ada babak memerlukan saya berbogel dengan gandingan saya. Namun durasi itu tidak terlalu panjang. Mungkin hanya 10 hingga 15 saat. 

“Bagaimanapun, ia tetap menampakkan keseluruhan tubuh saya. Rasanya, sesiapa yang ingin menonton saya tanpa seurat benang boleh membeli tiket. Mahukan visual lebih jelas, boleh tonton dalam 3D,” katanya. 

Dalam filem itu, beberapa pelakon seperti Rosamund Pike, Emily Ratajkowski dan Neil Patrick Harris turut melakukan perkara sama.
TAG