Kelayakan Euro 2016: Dua Gol Sigurdsson Tundukkan Belanda

ICELAND membuat kejutan apabila menewaskan pasukan yang memasuki separuh akhir Piala Dunia 2014 lalu, Belanda menerusi dua jaringan pada aksi kelayakan Euro 2016 di Reykjavik, Iceland awal pagi Selasa.
Pasukan tuan rumah memperoleh kemenangan menerusi dua gol aksi cemerlang pemain Gylfi Sigurdsson.
Iceland memperlihatkan pemainan yang impresif dan menampilkan perlawanan yang baik.
Sigurdsson pula benar-benar menjadi pencabar buat Belanda dalam perlawanan ini. 
Pemain tengah Swansea City itu menghasilkan gol pembukaan menerusi tendangan penalti pada minit kesepuluh.
Beberapa minit sebelum perlawanan tamat, Sigurdsson sekali lagi memberikan gol buat Iceland pada minit ke-42.
TAG