KENYATAAN RASMI & MANIFESTO SDRA CHEW SIR BOON, CALON PBM NEGERI TERENGGANU

Salam sejahtera, Salam satu Malaysia,Salam satu Terengganu,

Bersyukur kepadaNya kerana diberikan peluang untuk memberi sepatah dua kata, perjalanan ini bukannya mudah tanpa dorongan daripada semua rakan-rakan seperjuangan.

Sebagai salah seorang Calon Ahli Parlimen Belia Malaysia dari negeri Terengganu, saya bertuah kerana diberikan peluang untuk berkhidmat untuk masyarakat yang berbilang kaum.Negeri Terengganu adalah sebuah negeri yang sedang maju ke hadapan, banyak infrastruktuk sedang diperbangunakan.Walaupun berada di tepi pantai, namun ia merupakansebuah negeri yang cantik dimana alam semula jadi yang unik dan menarik.

Bagi memenuhi manifesto perjuangan, saya menghuraikan seringkasnya cadangan yang akan dibawa jika saya mempunyai peluang dipilih sebagai (Ahli Parlimen Belia Malaysia) APBM.

PENDIDIKAN

1.) Cadangan saya adalah berharap kerajaan meniti berat belia-belia yang menyertai NGO, memberikan keutamaan kepada mereka yang telah berkhidmat untuk masyarakat.Keutamaan kepada mereka bagi mempermudahkan pemprosesan memohon kemasukan UNIVERISTI atau KOLEJ.

2.) Membantu belia-belia yang tidak keupayaan untuk memasuki UNIVERSITI atau KOLEJ.

EKONOMI

1.) Candangan,Kerajaan digalakkan menyediakan tabung keusahawan untuk Belia yang berumur 30 tahun ke bawah.

2.) Memberikan " Kad Belia " kepada merekayang aktif supaya mereka dapat menikmati kemudahan - kemudahan dimana kos sara yang semakin mencabar.

3.) Mengurangkan Kos- Kos yang membebankan Belia

SUKAN

1.) Cadangan, mengorganisaikan SUKMA di pelbagai peringkat dimana dimulai Daerah, Parlimen, Negeri dan seterusnya Seluruh Negara.

2.) Meningkat atau mewujubkan atau memperbaikan alat-alatan sukan di setiapp peringkat.

PEMBANGUNAN BELIA

1.) Cadangan, Kerajaan terutamanya Kementeria Belia dan Sukan digalakn menganjurkan pelbagai programjati diri,pembangunan di pelbagai aspekdi dalam kalangan belia berperingkat-peringkat iaitu berumur 12-15, 15-23, 23-27, 28-35, 35-40bagi memastikan kepentingan mereka di pelbagai kategori diutamakan.

Saya mengalu-alukan pendapat dan cadanan bernas daripada anda semua. Suara andaadalah keutamaan saya untuk berkhidmat untuk anda, Belia maju, negara maju. 

TAG