Legenda Real Madrid Ke Kelab COSMOS NY


NEW YORK: Legenda Sepanyol, Raul yang juga penjaring terbanyak Real Madrid sepanjang zaman menandatangani kontrak dengan New York Cosmos pada Khamis.

Raul, 37, yang kekal selaku penjaring terbanyak Liga Juara-Juara Eropah dengan 71 gol akan menyertai Cosmos untuk kempen Liga Bola Sepak Amerika Utara, April tahun depan.

Malah pada masa sama, Raul akan berkhidmat sebagai penasihat teknikal pasukan akademi remaja kelab itu.

Cosmos pada satu ketika dilabel sebagai kelab terkemuka dunia dan pernah dibintangi legenda dunia seperti Pele dan Franz Beckenbauer pada era 70-an.

Raul menyertai Real pada 1994 ketika berusia 17 tahun dan menghabiskan kerjaya bersama kelab gergasi Sepanyol itu selama 16 musim.

Beliau berjaya menjaringkan 323 gol untuk kelab Los Blancos itu serta enam gelaran La Liga, empat Piala Super Sepanyol dan tiga trofi Liga Juara-Juara.

Raul pernah menyarung jersi Schalke 04 selama dua tahun selepas meninggalkan Real pada 2010. mstar
TAG