NAJIB DIANUGERAHKAN PENCETUS LIWAT GLOBAL?


Perdana Menteri Malaysia Mohd Najib Tun Razak hari ini di anugerahkan sebagai PEMIMPIN ISLAM Global dan bukan Anugerah PELIWAT sepanjang ZAMAN... kih..kih...kih..

DUBAI - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan penerima Anugerah Kepimpinan Islam Global (GIFA) pada tahun ini.

Najib yang juga Menteri Kewangan menerima anugerah berprestij itu daripada Pengasas GIFA, Profesor Humayon Dar.

GIFA merupakan satu daripada anugerah paling berprestij dalam perbankan Islam dan kewangan mengiktiraf pencapaian dan sumbangan individu serta institusi dalam industri perkhidmatan kewangan Islam.

Ia anjuran Edbiz Consulting yang berpangkalan di London sejak 2011.

Penerima pertama merupakan bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan penerima kedua ialah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Bekas Perdana Menteri Pakistan, Shaukat Aziz menjadi penerima Laureate GIFA ketiga.

GIFA 2014 diadakan di sini pada Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) Ke-10 di Dubai.

Pencalonan bagi semua kategori anugerah dibuka pada Mac 2014. - Bernama




TAG