NURUL IZZAH CURANG? Sanggup Main Di Belakang SAYA?

KUALA LUMPUR, 30 Okt – Kes tuntutan cerai Nurul Izzah masih berjalan di mahkamah seiring dengan kes liwat Anwar Ibrahim. Kes Nurul Izzah ini tidak kurang hebat kontroversinya. Suami Nurul Izzah masih enggan menceraikan beliau kononnya atas dasar masih menyayanginya dan mahu menyelamatkan rumah tangga mereka. Namun kita agak sangsi dengan kenyataan beliau. Kononnya keengganan beliau menceraikan Nurul Izzah merupakan sekadar tindakan “membalas dendam” atas “kecurangan” Nurul Izzah? Walaubagaimana pun kita yakin akan tetap ada rasa sayang dihati suami Nurul Izzah ini.
Sebelum ini khabar-khabar angin berlegar-legar di media sosial dan ianya agak viral berkenaan hubungan terlarang Nurul Izzah dan kekasih gelap beliau yang merupakan suami orang dan mempunyai seorang cahaya mata. Kononnya pasangan kekasih gelap ini telah membuat perjanjian bahawa mereka akan bercerai serentak bagi terus membina mahligai baru bersama.
Namun kononnya setelah “suami orang” tersebut telah menceraikan isteri beliau dengan talak tiga, Nurul Izzah pula menghadapi masalah untuk melepaskan diri dari ikatan perkahwinan bersama Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim. Walaubagaimana pun kesahihan kisah percintaan gelap Nurul Izzah bersama pasangan kekasihnya masih belum dapat disahkan 100% lagi. Buat masa ini kami masih lagi menunggu berita selanjutnya dari sumber dalaman tersebut.
Semasa perbicaraan kes perceraian mereka di mahkamah baru-baru ini, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim, berkata beliau masih menyayangi perkahwinan tersebut terutama dua anak mereka yang masih kecil. Dia yang kelihatan sugul tetapi tenang berkata demikian kepada pemberita di pekarangan Kompleks Mahkamah Syariah di sini setelah selesai prosiding sebutan kes cerai mereka di hadapan Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Ab. Malek Awang.
Buat masa ini Nurul Izzah hanya menyebut ‘Thank you for respecting my privacy’ (terima kasih kerana menghormati privasi saya) kepada para pemberita. Nurul Izzah telah memfailkan permohonan cerai terhadap Raja Ahmad Shahrir Iskandar mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984. Pasangan yang telah berkahwin selama 11 tahun iaitu sejak 9 Mei 2003, dikurniakan dua anak, Raja Nur Safiyah, 7, dan Raja Ahmad Harith, 5.
Walauapapun kita tahu bahawa bangkai gajah tidak akan mampu ditutup. Cepat atau lambat, sekiranya benar wujud skandal gelap Nurul Izzah, maka ianya akan terbongkar. Oleh itu, sama-samalah kita tunggu perkembangan lanjut Nurul Izzah apabila beliau disahkan bercerai kelak. Sebagai umat Islam kita tetap mendoakan yang terbaik bagi semua pihak.
TAG