Peguam Anwar Mahukan Beliau REPUT DALAM Penjara...

KUALA LUMPUR: Keinginan pihak pendakwa kes rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu menambah tempoh penjara ke atasnya dengan alasan hukuman lima tahun yang dijatuhkan sebelum ini tidak memadai, tidak lain menunjukkan hasrat mahu 'membunuh' terus karier politik Ketua Pembangkang itu.

Menurut penulis Shahbudin Husin, melalui dokumen pihak pendakwa yang disaksikan sendiri oleh sebuah portal berita, alasan memohon tambahan hukuman itu ialah kerana berpendapat penjara lima tahun yang dijatuhkan oleh Mahkamah Rayuan itu tidak memadai dari segi kepentingan awam dan memberi teladan kepada orangramai.

Menulis dalam blognya semalam, beloau berpendapat memandangkan Seksyen 377B Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan rotan, maka pihak pendakwa yang diketuai oleh Datuk Shafee Abdullah dilaporkan akan memohon hukuman lebih berat dalam perbicaraan pada 28 dan 29 Oktober ini.

"Jika hukuman penjara lima tahun sebelum ini dikekalkan pun sudah menyebabkan Anwar kehilangan hak bertanding dalam pilihan raya sekurang-kurangnya selama 10 tahun, memohon hukuman penjara lebih lama tentulah maksudnya untuk memanjangkan lagi tempoh beliau tidak boleh aktif dalam politik," tulisnya lagi.

Menurutnya lagi, dengan Anwar berusia 67 tahun ketika ini, jika hukuman penjara lima tahun dikekalkan, bermakna beliau hanya boleh bertanding semula dalam pilihan raya ketika usianya  nanti 77 tahun.  

Ini, katanya kerana peraturan menetapkan hanya selepas lima tahun keluar penjara barulah seseorang itu dibolehkan bertanding semula.

Tambahnya, jika pendakwa berjaya menambah kepada 10 tahun pula, had boleh bertanding turut meningkat ketika usianya menjangkau usia 82 dan jika menjadi 15 tahun, bertambah lagi kepada usianya 87 tahun.

Baginya, secara mata kasar dan mudah difahami oleh sesiapa saja, tindakan pihak pendakwa memohon tambahan hukuman ini adalah semata-mata untuk 'membunuh' terus karier politik Anwar.

"Kiranya Mahkamah Rayuan sebelum ini menjatuhkan hukuman lima tahun penjara semata-mata untuk menghalang Anwar bertanding di Dun Kajang dan menjadi Menteri Besar Selangor, tindakan pihak pendakwa di Mahkamah Persekutuan kali ini pula bertujuan untuk membiarkan karier dan masa depannya mereput dalam penjara," tulis beliau selanjutnya.
TAG