Pelajar Tingkatan 3 BUNTING Anak BANGLA Karpet....


Apakan daya rayuan manja 'baiya' telah melemah seorang gadis sunti yang masih belajar di sebuah sekolah didalam zon utara.
Kekerapan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun berkunjung ke rumah teman lelakinya yang juga warga Bangladesh membongkar kegiatan maksiat dilakukannya malah dia kini hamil enam minggu selepas ditahan di sebuah rumah di Taman Mahsuri, dekat Padang Serai, di sini.


Difahamkan, remaja tersebut ditahan sepasukan penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK) selepas dikesan berdua-duaan sehingga menimbulkan syak wasangka dengan seorang lelaki Bangladesh berusia 28 tahun di sebuah rumah di Taman Mahsuri dekat Padang Serai, di sini.

Ketua Unit Penguat Kuasa Agama PADK, Azmi Abdul Rejab berkata, remaja terbabit disahkan mengandung susulan pemeriksaan kesihatan Hospital Kulim ke atas gadis itu, selepas ditahan dalam operasi cegah maksiat Rabu lalu.

Perbuatan ramaja itu diluar pengetahuan keluarga dan apabila keluarganya  bertanya akan beliau kenapa selalu pulang lewat dan keluar malam dan alasannya adalah untuk berlajar berkumpulan dengan rakan-rakan sekelasnya untuk menghadapi peperiksaan nanti.
TAG