Stesen bas lama Kuala Terengganu dirobohkan





Stesen bas Kuala Terengganu yang kini menjadi hentian teksi dan kereta sewa akhirnya dirobohkan.  Stesen bas yang begitu banyak menyimpan kenangan dan nostalgia itu dirobohkan bagi memberi laluan kepada projek pembangunan yang berimpak lebih besar.



Walaupun ia telah tinggal sejarah namun kepada mereka yang pernah membesar bersama kewujudan stesen bas berkenaan pastinya terdapat kenangan yang tidak akan dilupakan.



Walaupun menyimpan pelbagai sejarah dan kenangan indah kadang-kadang sesuatu perkara itu terpaksa dikorbankan demi memberi laluan kepada sesuatu yang boleh memberi manfaat yang lebih besar.



In sha Allah...
TAG