Tengku Ampuan Mariam masih hidup tentu dia amat gembira....

Kalaulah Almarhum Sultan Sulaiman dan Almarhumah permaisurinya Tengku Ampuan Mariam masih hidup tentu dia amat gembira mendengar berita bahawa sudah ada penerbangan terus dari Medan Indonesia ke Kuala Terengganu November ini. SINI
Syarikat Seriwijaya Air difahamkan akan memulakan operasi penerb angan Terengganu- Medan 24 November depan.
Dalam sejarahnya betapa Sultan Sulaiman  (menaiki takhta 1920 hingga 1942) dan Tengku Ampuan Meriam amat suka membuat lawatan sama ada dalam atau luar negeri, termasuklah ke Medan Indonesia yang pada masa itu masih memiliki Kesultan Deli di sana.
Beliau pernah melawat Medan sehingga hampir 20 hari sebagaimana dicatatkan oleh Tengku Ampuan iaitu pada 28 Februari 1939 hingga 16 Mac 1939.
Semasa di sana Baginda berdua melawat air terjun di Gunung Pisu-Pisu dan mengadakan pertemuan dengan Sultan Amaluddin Perkasa Alamsyah Deli.
Sultan Sulaiman dan Tengku Ampuan juga melawat Bandar Medan dan ke Berastagi  melihat orang Batak bertenun.
Namun pada masa itu, Baginda terpaksa ‘transit’  melalui Singapura terlebih dahulu, sebelum menaiki kapal laut untuk ke Medan/Deli.
Penulis mencadangkan agar penerbangan Terengganu- Medan melalui Lapangan Terbang Sultan Mahmud itu dikenalkan sebagai Penerbangan Sulaiman dan Mariam, mengambil sempena minat Baginda berdua yang beberapa kali semasa hayat mereka pergi ke sana.
Rakyat Terengganu pasti gembira dengan penerbangan terus dari Seberang Takir ke Medan itu dengan harapan dapat menjimatkan kos untuk ke sana tanpa melalui Kuala Lumpur terlebih dahulu.
Di sana banyak juga sejarah dam perkaitan KesultananTerengganu dan Deli (Medan).
Sewaktu kerajaan Siak ditentang oleh Deli, Terengganu pernah membantunya sehinggakan Raja Siak (Sultan Yahya 1782-19 84) ) mangkat dan dimakamkan di Che Lijah Dungun Terengganu.
Demikian sejarahnya yang selalu kita tidak pedulikan.
TAG