TRANSPARENT Dengan HATI & NIAT KENA BETOL DULU.....

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memuji langkah Kerajaan Terengganu dalam mengekang gejala rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa di kalangan penjawat di negeri ini.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Dato’ Mustafar Ali, berkata ia cukup penting bagi mengelak rakyat mencemuh apa yang dilaksanakan setiap jabatan kerajaan sekali gus memberi impak negatif kepada pemimpin.
“Negeri lain wajar contohi Terengganu di mana setiap pegawai terutama ketua jabatan mengangkat ikrar dan bersedia dikenakan tindakan tatatertib sekiranya didapati bersalah melakukan kesalah jenayah rasuah.
“SPRM juga melakukan pelbagai transformasi sama ada operasi, pembangunan modal insan dan juga pencegahan bagi menghapuskan rasuah dan memperkasakan integriti dalam setiap urusan,” katanya
Beliau berkata demikian selepas menandatangani Ikrar Intergriti Koporat (CIP) Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, semalam. teganukita.my
TAG