Warga Singapura Nasihatkan RAKYAT Malaysia Agar Pertahankan HAK Orang Melayu

Seorang pengasas PKR Sarawak umum keluar parti 

Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak hari ini menerima tamparan hebat selepas salah seorang pengasasnya mengumumkan keluar parti.

Idris Bohari, 52, adalah Setiausaha Eksekutif pertama parti itu di negeri ini dan pernah bertanding sebagai calon PKR di kerusi Parlimen Saratok dan Santubong sebelum ini.

Idris yang sebelum ini Timbalan Ketua PKR Cabang Petra Jaya mengumumkan peletakan jawatan itu dalam surat yang beliau tandatangani sendiri dan akan diserahkan kepada Ketua PKR Cabang Petra Jaya, Baharuddin Mokhsein, esok.

Beliau berkata, tumpuannya kini adalah kepada keluarga dan akan melupakan politik pembangkang. Baca seterusnya..


Komen Penulis:

Bukan kita memandang rendah keupayaan PKR untuk mencabar BN Petra Jaya yang mempunyai majoriti undi paling besar di negeri Sarawak, cuma lihatlah bagaimana DAP pun tidak memerlukan mereka lagi.. PKR Sarawak ditong-sampahkan oleh rakan sendiri. Inilah kerjasama kata mereka di kalangan Pakatan Rakyat. Habis madu sepah dibuang..

Keluar parti ataupun tidak ahli PKR Sarawak tidak akan mengubah apa-apa. Yang perlu diberi perhatian ialah musuh sebenar BN, iaitu DAP.

Ambillah iktibar daripada Singapura, bagaimana diskriminasi diamalkan sehingga sukar bagi pelajar Islam untuk mendapatkan tempat dalam pendidikan, tidak ada kebajikan di hospital, tidak diberikan kemudahan untuk beribadat, tidak ada subsidi segala bagai, pendek kata semuanya perlukan duit, duit dan duit belaka..




Benarlah apa yang diperkatakan warga Singapura ini, rakyat Malaysia kebanyakannya tidak tahu erti bersyukur. Apabila kerajaan PAP mengambil alih kepimpinan negara itu, maka tiada istilah kebajikan percuma.

Bukankah itu yang sedang dilakukan DAP Pulau Pinang sekarang? Serba moden, mahal, mewah, ekslusif yang memerlukan duit segalanya sebagai penjamin hidup...
TAG