AL FATIHAH UNTUK ADIK AHMAD RAFIQIN AZMAN


video
Alhamdulillah dengan berkat doa dan usaha semua rakyat terengganu dan juga usaha yang diteruskan oleh Bomba,Polis, Rela dan sukarelawan akhirnya membuahkan hasil.

Tepat jam 4.25 petang perkhabaran gembira buat ahli keluarga Azman dan Rasyidah yang mana telah dimaklumkan bahawa anggota keselamat telah menemui adik Rafiqin.

Keadaan  Rafiqin dalam keadaan tidak bermaya setelah 4 hari beliau tersesat didalam Gunung Gajah Terom.

Penantian ahli keluarga dengan penuh harapan tetapi berita dukacita berita yang diaampaikan kepada keluarga yang mendukacita. 

Menurut ibu saudara mangsa, Azlida Othman kami tidak percaya dengan khabar angin yang disampaikan tetapi kami tetap akan menanti Rafiqin kembali.

"Kami akan menunggu walaupun mayat yang kami terima, kami redho dengan ketentuan Illahi". 

Setelah hampir 2 jam menunggu ketua operasi telah memaklumkan kepada ahli keluarga bahawa Rafiqin sedang dibawa turun dan tepat jam 6.45 petang kilibat mangsa dengan diiringi pengusung tentera.

Dan selepas selamat diturunkan mangsa terus dibawa Ke Hopital Hulu Terengganu.

Sekarang ini mayat adik Rafiqin masih berada diunit forensik hospital tersebut.

TAG