Anak IKAN Akan MATI Kelaparan...?



FAHMI ZAINOL MENGHADAPI 9 PERTUDUHAN.....???

Fahmi Zainol, Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa UM penganjur perhimpunan sehingga terjadi insiden merempuh pintu pagar universiti bagi membolehkan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memasuki universiti itu telah dikenakan sembilan pertuduhan.

Fahmi, pelajar tahun akhir daripada Fakulti Sastera dan Sains Sosial UM dikenakan sembilan pertuduhan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 serta mengikut Perlembagaan Universiti.

Pertuduhan-pertuduhan itu:

1. Menganjurkan satu perhimpunan melebihi lima orang tanpa kebenaran naib canselor.

2. Memanggil satu himpunan melebihi lima orang tanpa kebenaran naib canselor.

3. Menghadiri satu perhimpunan yang tidak dibenarkan universiti.

4. Menjalankan urusan yang “merosakkan atau memudaratkan kepentingan, kesejahteraan atau nama baiik universiti” di kampus.

5. Menjalankan urusan yang “merosakkan atau memudaratkan ketenteraman atau keselamatan awam, moral, kesopanan atau tatatertib” di kampus.

6. Melakukan perbuatan yang menyebabkan apa-apa halangan, kesulitan, kegusaran, kerugian atau kerosakan kepada mana-mana orang dalam universiti.

7. Memiliki alat pembesar suara atau alat-alat serupa tanpa kebenaran naib canselor.

8. Gagal mengikut arahan kakitangan atau pegawai universiti semasa perhimpunan.

9. Gagal mematuhi surat tunjuk sebab pada 23 Oktober.

Perbicaraan kes disiplin itu dijadualkan pada 7 November.
TAG