ANWAR Menyokong SIS

KUALA LUMPUR: Kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak setuju dengan pengharaman badan bukan kerajaan (NGO), Sisters in Islam (SIS) dilihat langkah pemimpin itu membenarkan penyelewengan ajaran Islam di negara ini.

Penasihat Eksekutif Pertubuhan Ilmuan Malaysia (Ilmu), Dr. Fathul Bari Mat Jahaya menegaskan, Anwar juga dilihat terlampau 'terbuka' dan harus memberikan langkah sama terhadap semua pertubuhan seumpama itu jika ada isu sama berlaku.


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/isu-sis-kenapa-anwar-tidak-mahu-rujuk-yusof-al-qaradawi-dr-fathul-47588?cp


"Kenapa dia (Anwar) tidak mahu merujuk Presiden Kesatuan Antarabangsa Ulama Islam, Yusof al-‎Qaradawi di dalam isu SIS ini? Nampaknya dia betul-betul mahu mempertahankan SIS. Apa dia juga liberal seperti SIS?

"Sekiranya SIS ini tidak ada isu, mengapa ia diharamkan? Adakah selepas ini Majlis Fatwa tidak boleh kata mana-mana gerakan songsang jika terbukti kerana perlu mengamalkan keterbukaan‎?" katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dr. Fathul mengulas kenyataan Anwar di dalam sebuah portal yang tidak bersetuju SIS diharamkan.

Anwar turut menggesa perbincangan dan forum diadakan selain menggesa rakyat untuk turut tidak bersetuju dengan pengharaman berkenaan.

Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor pada Julai mengharamkan SIS kerana mempromosikan liberalisme agama dan pluralisme yang ‎bercanggah dengan Islam.

SIS turut diharamkan kerana berpegang kepada fahaman agama sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam.

Yusof ‎sebelum ini mengeluarkan kenyataan Anwar tidak patut dituduh tanpa asas di dalam isu mahkamah yang dihadapi Anwar kini.

Dalam pada itu jelas Dr. Fathul,‎ apa yang dihadapi SIS adalah akibat tindak tanduk mereka sebelum ini.

‎Tambahnya, sesuatu fatwa tidak akan dikeluarkan melainkan ada isu berbangkit.

"Walaupun saya menyokong supaya diadakan forum antara Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan SIS berasaskan isu-isu yang dibangkitkan oleh SIS, namun saya brpendapat, fatwa yang dikeluarkan MAIS adalah adil.

"Ini kerana, pergerakan SIS bukan bermula hari ini. Bahkan mereka telah popular dengan pandangan-pandangan berasaskan logika yang mengakibatkan mereka dilihat terjerumus dalam fahaman liberal.

"Pandangan-pandangan songsang mereka dalam isu aurat, mengakibatkan golongan agamawan," katanya.

"Mereka tidak boleh menyalahkan agamawan kerana pandangan negatif ke atas mereka. Apabila berani buat, maka kena berani juga terima hasilnya," katanya.

Sebelum ini, Dr. Fathul mengecam Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Zairil Khir Johari yang mendakwa tindakan MAIS mengharamkan SIS dianggap sesat dan satu langkah keterbelakang.‎

Dalam pada itu, Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali akan membawa kepimpinan SIS berjumpa mufti negeri itu dalam tempoh terdekat untuk berbincang isu pengharamannya baru-baru ini.

Jelasnya, pihak kerajaan negeri akan mengadakan pertemuan SIS dengan Mufti Selangor untuk menyelesaikan sebarang kemelut yang berbangkit.

"Saya akan bawa SIS berjumpa mufti. Saya hormat keputusan MAIS ... tetapi hormat tidak bermaksud setuju," katanya.

Minggu lalu, SIS memfailkan semakan kehakiman dan menamakan tiga responden, Jawatankuasa Fatwa‎ Negeri Selangor, MAIS dan kerajaan Selangor kerana menuduh mereka mempromosikan liberalisme agama dan pluralisme. - Astro
TAG