#Banjir : Korban Banjir Pertama 2014

PERMAISURI: Seorang pelajar Tingkatan Satu menjadi korban pertama banjir di Terengganu selepas terjatuh ke dalam telaga di Kampung Jelapang, di sini, kira-kira jam 4 petang tadi.
 
 
Mangsa, Norsyakirah Izati Nazliza, 13, ditemui lemas di dalam sebuah telaga di belakang rumah datuknya, Mat Daud Dollah, 73.

Ketika kejadian, mangsa bersama dua sepupu lelaki berusia 11 dan 12 tahun dalam perjalanan mengikut Dollah memukat ikan di bendang kira-kira 25 meter dari rumah mereka, sebelum terjatuh ke dalam telaga itu.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Ab Rahman Raja Mohamad, ketika dihubungi, berkata mangsa dikatakan tidak menyedari terdapat telaga lama itu berikutan kawasan itu digenangi air banjir sehingga paras lutut.

Beliau berkata, sebaik menyedari kejadian, datuk mangsa dengan bantuan penduduk kampung kemudian berusaha mengeluarkan mangsa dari telaga berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, mangsa sudah tidak bernyawa sebelum dibawa ke Hospital Setiu untuk bedah siasat.
TAG