Bible Di Selangor Pulangkan-Azmin Ali

SHAH ALAM 14 Nov.-  Kerajaan Selangor  memulangkan semula kitab Bible yang dirampas daripada Persatuan Bible Malaysia.

Pemulangan kitab tersebut di buat di Istana Alam Shah, Klang.

Pemulangan bible tersebut dibuat oleh Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor, Datuk Adzib Mohd. Isa kepada Pengerusi Persatuan Bible Malaysia, Lee Min Choon.

Penyerahan itu disaksikan oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah. 

Perkara ini dihebahkan oleh Menteri Besar , Mohamed Azmin Ali dalam laman twitternya hari ini.

TAG