Disangkakan Mendapat Rezeki BESAR Tetapi MAYAT...


Nelayan Kuala Besut menjumpai mayat di dalam pukat mereka.
Kuala Besut : Sebuah bot nelayan yang menyangka mendapat ikan besar terkejut apabila pukat jerut yang dipasang mereka terkena mayat ketika melabuhkan hasil tangkapan mereka.
Mayat tersebut sudah hampir reput itu belum dikenal pasti identitinya dan perkara ini akan mendapat pengesahan pihak berwajib.
Laporan penuh seterusnya akan menyusul dalam artikel seterusnya :-
Laporan dari Polis
Mayat di jumpai di perairan Tok Bali,Kelantan.
10/11/2014 jam lebih kurang 1345 hrs, Bilik Gerakan Ibupejabat Polis Daerah Besut Terengganu, telah terima maklumat daripada Ketua Polis Balai Kg.Raja iaitu ASP Abdullah Che Soh memaklumkan terdapat mayat seorang lelaki dipercayai warganegara asing dijumpai oleh nelayan di lokasi 16.5 batu nautika daripada Tok Bali, Cherang Ruku, Pasir Puteh Kelantan.
Butiran Simati: 
3.1 Nama: Tidak dikenalpasti.

Jantina: Lelaki

Warga negara : Dipercayai warga negara asing.

Umur: Tidak dikenalpasti.

Hasil Siasatan awal:

-Satu mayat tidak dikenalpasti telah ditemui tanpa sebarang dokumen pengenalan diri di kawasan 16.5 batu nautika perairan Tok Bali, Cherang Ruku, Pasir Puteh, Kelantan.
-Keadaan mayat tidak sempurna, bentuk badan seperti lelaki, kepala telah kelihatan tulang tengkorak manakala kebanyakan kulit pada tubuh badan telah tanggal dipercayai telah dimakan ikan.

-Mayat dijumpai oleh team SAR IPD Besut (Besut 36) semasa operasi mencari nelayan 1LM yg didapati tlh hilang berkait Kuala Besut Rpt 2174/14 di kawasan perairan Tok Bali namun tlh menjumpai mayat lain. ~ SUMBER ~

TAG