Firman JUARA

SHAH ALAM - Peserta pilihan penonton, Firman atau nama sebenarnya Mhd Firman Bansir, 25 diumumkan sebagai juara Akademi Fantasia 2014 (AF2014) pada konsert kemuncaknya yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam, di sini malam ini.
Menerusi kemenangannya itu, Firman membolot hadiah berupa wang tunai RM50,000, sebuah keret Toyota Vios 1.5 TRD Sportivo (AT), pakej percutian ke Osaka, Jepun untuk seorang tajaan HNH Tours Sdn. Bhd., serta trofi sumbangan Astro.
Naib juara pertandingan yang diacarakan Zizan Razak dan Faizal Ismail itu pula dimenangi oleh Aman atau nama sebenarnya Mohd. Razman Abd. Aziz, 21.
Aman membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000, kereta Perodua MyVi 1.3 Auto Standard (XT), pakej percutian ke Osaka, Jepun untuk seorang tajaan HNH Tours Sdn. Bhd., serta trofi sumbangan Astro.
Tempat ketiga pula diraih oleh Ewal atau nama sebenarnya Ikhwal Hafiz Ismail, 22, yang menggondol wang tunai RM20,000, pakej percutian ke Osaka, Jepun untuk seorang tajaan HNH Tours Sdn. Bhd., serta trofi sumbangan Astro. - KOSMO!

TAG