Haji Hadi Di Paksa Berundur

GERAKAN DALAM PAS PAKSA HADI LETAK JAWATAN?

Sumber parti mengatakan perangai Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah berubah selepas dia dimasukkan ke hospital di Turki. Datuk Seri Abdul Hadi Awang sedang dipujuk oleh rakan-rakan di dalam PAS untuk meletakkan jawatan sebagai presiden parti, menurut satu sumber, ianya adalah untuk mengelakkan kesihatannnya bertambah teruk  dan membaiki hubungannya dengan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) yang lain menjadi semakin buruk.


Mereka memberitahu pemberita bahawa keputusan ini adalah supaya parti Islam itu dapat memperbaiki hubungan dengan rakan-rakan PR, DAP dan PKR, yang telah tegang sejak kebelakangan ini dengan sikap dingin Hadi terhadap gabungan itu.

Presiden PAS itu tidak menghadiri mesyuarat majlis gabungan presiden sejak tidak bersetuju dengan PKR dan DAP terhadap langkah untuk membuang Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor pada Ogos lepas.

Seorang pemimpin PAS veteran berkata, perangai Hadi juga telah berubah sejak dimasukkan ke hospital di Istanbul, Turki, pada bulan Mei selepas mengadu sesak nafas.

Marah Hadi juga nampaknya berada di kemuncak, seperti yang ditunjukkan ketika beliau mencela ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang melawatnya di Terengganu semasa masalah menteri besar selangor semakin meruncing

"Tuan Haji Hadi telah banyak berubah sejak dia dimasukkan ke hospital di Turki. Dia terus-menerus membuat keputusan sebelah pihak. Mungkin sudah tiba masanya untuk beliau berundur,"kata pemimpin veteran itu yang tidak mahu dikenali.

Setelah berkali-kali bertingkah dengan pemimpin-pemimpin PR yang lain, Hadi tidak menghadiri pelancaran bayangan bajet 2015 PR di Dewan Rakyat pada 10 Oktober.

Difahamkan langkah untuk memujuk ahli politik berusia 66 tahun itu sedang ditangani oleh seorang pemimpin veteran parti yang menghormati Hadi.

Sumber mengatakan bahawa Hadi boleh dipujuk untuk melepaskan jawatan presiden dan mengambil jawatan Mursyidul Am (pemimpin rohani) yang kini dipegang oleh Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Dengan ini, Hadi akan mempunyai masa untuk berehat tanpa perlu menjalankan tugasan harian dalam parti dan tidak perlu lagi berurusan dengan rakan PR. Tetapi beliau masih lagi akan menjadi suara berpengaruh dalam parti itu menurut kuasa yang ada pada seorang Mursyidul Am.

Sumber itu berkata, ia berharap Hadi akan mengumumkan bahawa beliau tidak akan mempertahankan jawatan presiden dalam pilihan raya parti tahun depan.

Halangan terbesar dalam langkah membuatkan Hadi berundur adalah hakikat bahawa di dalam PAS, tiada istilah persaraan umur, seperti mana yang ditunjukkan oleh Nik Aziz yang ketika ini masih memegang jawatan Mursyidal Am walaupun tahap kesihatannya yang semakin meruncing.

"Kepimpinan PAS adalah berbeza dari organisasi-organisasi atau pihak lain. Seorang pemimpin dalam PAS adalah pemimpin gerakan Islam," kata sumber parti.

Menolak dakwaan bahawa Hadi akan membawa PAS untuk keluar dari PR, presiden yang diisytiharkan perlantikan pada perhimpunan parti pada bulan Ogos itu tetap mengaskan bahawa PAS  tetap komited kepada Pakatan Rakyat itu.

Tetapi beliau turut menegaskan bahawa PAS akan terus mempunyai ideologi sendiri yang bebas dan mengambil posisi yang mungkin berbeza daripada rakan-rakan.

Anwar juga baru-baru ini menafikan dakwaan bahawa Hadi bersikap dingin dengan PR dan mengatakan bahawa beliau ada berkomunikasi dan masih berhubung dengan Hadi.

"tak baik kata macam tu. Saya ada berkomunikasi dengan dia. Ia bukan masalah, "kata Anwar.
Jika Hadi tidak berundur, parti itu juga akan berhadapan dengan cabaran untuk mencari pengganti kerana ketika ini telah berlaku perpecahan dalam kalangan kepimpinan kanan parti.

Orang kedua PAS, iaitu timbalan presiden, Mohamad Sabu, dikenali sebagai pemimpin popular tetapi tidak disukai oleh golongan konservatif parti dan juga orang-orang yang tidak suka kepada Anwar.

"Ramai yang tidak selesa dengan Mohamad Sabu. Tetapi ada seseorang yang boleh mengambil alih tempat Hadi iaitu Naib Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, "kata seorang aktivis parti sejak dari 30 tahun lalu.
Masalahnya, Tuan Ibrahim tidak mempunyai kepentingan dalam menerajui parti.

Seorang lagi lagi aktivis parti, bagaimanapun percaya bahawa Mohamad Sabu adalah orang yang tepat untuk mengambil alih tampuk kepimpinan Hadi.

"Siapa lagi yang lebih dihormati oleh PKR dan DAP jika tidak Mohamad Sabu? Dia disukai oleh Anwar dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

"Beliau juga mempunyai pengalaman yang luas dalam mewakili parti dalam mesyuarat Majlis Presiden apabila Hadi tidak dapat hadir."

Tuan Ibrahim, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang, adalah ulama popular selepas Hadi dan Nik Aziz kerana keterbukaan beliau.

Selain Tuan Ibrahim dan Mohamad Sabu, terdapat juga kempen berskala kecil untuk meletakkan seorang lagi Naib Presiden parti, Datuk Husam Musa sebagai calon yang layak untuk menggantikan Hadi.
"Jika Hadi berundur secara sukarela, saya rasa beliau akan memilih Tuan Ibrahim sebagai penggantinya," kata seorang sumber. - November 10, 2014.
TAG