IBU Maut Selamat Anak 12 Tahun Melintas Jalan Ke Sekolah

Satu kemalangan MAUT telah berlaku berhampiran SK Tengku Bariah di  Jalan Kampung Pasir Panjang  Kuala Terengganu pagi tadi. 

Mangsa seorang wanita yang ketika dalam perjalanan menghantar anak ke sekolah dirempuh dengan motosikal oleh seorang pelajar lelaki tingkatan 4 SMK Tengku Bariah. 

Punca kejadian dikatakan suspek menunggang motor dengan laju sebelum merempuh mangsa. 

Demi menyelamatkan anak daripada menjadi mangsa si IBU sempat menolak anaknya ke tepi jalan bagi mengelak anak yang berusia 12 tahun itu dirempuh. Anaknya dilaporkan turut cedera cedera ringan.

Allahuakbar... Allahuakhbar... Allahuakhbar...

Inilah akibat menunggang motor dengan membabi buta yang telah mengakibatkan seorang wanita yang tidak bersalah meninggal dunia. 

Dalam sekelip mata sahaja budak lelaki kehilangan ibu tercinta. Al fatihah kepada mangsa semoga ditempatkan dalam kelangan orang beriman. Amin..

Anak Mangsa

Motosikal Suspek

TAG