Keram Naik Ke PANTAI Berlaku 4 Tahun Sekali di Musim Tengkujuh - Awang Said


MASYAALLAH ... banyak nyer naik ke permukaan ..
Apa pertanda ini kawan kawan?? Ke musim dia naik darat??? Pantai Rusila, Marang Terengganu

Berhati hatilah atas berlakunya Fenomena anih ini, Kerang merupakan spesis Demersial yang mendiami dasar pantai atau kuala...ada sesuatu gangguan diperingkat dasar lautan yang memungkinkan berlakunya pergolakan ombak dan arus luarbiasa...bersyukurlah sambil beristigfar agar kita semua terhindar dari sebarang malapetaka.



Dungun: Bagaikan pesta itulah suasana yang dapat digambarkan berlaku di pantai Rusila, Pantai Sura Tanjung Marang dan Pantai Rhu Muda, Dungun dimana hari ini dipenuhi oleh penduduk sekitar untuk mengutip kerang di mana berlaku kerang naik darat.



Diaanggarkan puluhan ribu kerang telah naik ke pantai-pantai tersebut pada pukul 2 petang tadi yang di percayai di pukul ombak ke darat.

Seorang pengunjung yang di temui berkata, "Saya memperoleh kira-kira 20 kilogram kerang dan ada antara penduduk yang mempeoleh lebih daripada 50 kilogram," katanya kyng di petik dari harian metro.

Mohamad Shafeeq Mohamad Nasir, 19, dari Dungun pula berkata, walaupun tempat beliau mengutip kerang di Pantai Sura tidak sebanyak seperti di Pantai Rhu beliau tetapa dapat mengumpul 5 kg.

"Saya dapati kerang naik di pantai ini dalam jarak 500 meter saja di depan Kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan tidaklah banyak sebagaimana yang dilaporkan di Marang,"







TAG